1. Dari RAR
Seorang perisik tentera Jepun yang menyamar sebagai tukang membaiki jam di Bandar Batu Pahat sebelum Perang Dunia bermula telah lama berinteraksi dengan penduduk tempatan dan memberi maklumat perisikan kepada markasnya di Tokyo.
Penduduk keturunan Jepun yang bermastautin di Hawai sebelum serangan ke atas Pearl Harbour sebahagaiannya adalah perisik tentera Jepun yang menyamar menjadi orang awam dan memberikan maklumat perisikan kepada pihak atasan tentera.
Apabila berlaku Konfrantasi 1963-1965 ekoran pembentukan Malaysia, operasi ketenteraan telah dilakukan dan tentera Indonesia telah menggugurkan tenteranya dengan menggunakan pesawat C-130 di Pontian.
2. Sesebuah negara, seperti Malaysia, tidak akan wujud tanpa adanya Kumpulan Pejuang Bangsa yang ditugaskan untuk menjaganya. Mungkin ramai antara kita tidak sedar kehadirannya, atau tidak mengambil peduli kepentingannya. Mungkin kita lebih risau pada kehilangan enjin jet daripada kehilangan orang yang mengendali enjin jet. Mungkin kita terlalu mengikut perasaan dalam kita melalui permasaalahan kehidupan, sehinggakan tidak sedar kepada keperluan adanya Pejuang Bangsa. Apa yang perlu diingatkan ialah, tanpa kumpulan ini negara kita tidak akan dapat menjalani kehidupan aman sentosa seperti sekarang.
3. Saya tertarik kepada petikan,
“Peperangan adalah tipu daya,” pernah diungkapkan oleh Sun Tzu yang menjadi ikon pengurusan ketenteraan yang sanggup berhadapan dengan raja dan memerintahkan gundiknya dipancung sebagai contoh disiplin yang wajib dipatuhi untuk menjadi tontonan ketegasannya bagi membina ketumbukan tentera yang kental.
Elemen tipu daya ini kalau dipositifkan akan menjadi strategi. Maka, dalam kehidupan kita memastikan negara boleh terus menjadi wadah untuk kita kemudian bergerak maju, perancangan strategi yang menyeluruh untuk berhadapan dengan tipu daya serangan musuh, sangat penting.
4. Kita diingatkan di dalam Al Quran, bahawa “Inna Allah khairun Makirin” atau sesungguhnya ‘Strategi Allah adalah yang sebaik-baik’. Orang-orang yang menentang ajaran Islam, sentiasa mencari jalan mencari makar untuk mengalahkan lawannya. Kefahaman kita dalam menganalisa makar Allah yang ditarbiahkan di dalam Alam, akan menentukan bagamana strategi menghadapai musuh akan menghasilkan sesuatu yang berkesan. Tanpa memahami nilai-nilai CarakerjaNya, sudah pasti keberkesanan sesuatu yang kita lakukan tidak mencapai hasil yang memuaskan, kalau tidak menghampakan.
5. Pejuang bangsa merupakan keperluan survival. Dalam Dunia yang berasaskan kepada ‘survival of the fittest’, menjadi khalifah, yang menerajui segala bidang kehidupan, perlu diberikan keutamaan. Selepas mengutamakan keperluan survival dengan adanya pejuang bangsa, perlulah kita memperkasa tekad memperjuangkan Agama. Ibarat setelah beriman, hasil dari pewarisan dari keturunan, maka wajiblah kita menguji keimanan kita, bagi memastikan mutunya. Beriman taklid (mewarisi dari bangsa) itu survival, tetapi kemudian mengatur langkah kepada iman ilmu adalah usaha seterusnya yang perlu kita ambil.
6. Sekalung tahniah kepada Bro RAR, yang telah berkhidmat sebagai Kumpulan Pejuang Bangsa, yang telah memastikan kemerdekaan asas dicapai oleh Malaysia. Tahniah seterusnya diberikan kerana memperjuangkan Agama dalam meneruskan kehidupan di Dunia selepas bersara. Semuga dengan pekenalan ini, dapat kita bertukar idea dalam memperkukuhkan perjuangan kita ke arah mengenal Pencipta, melalui AgamaNya yang haq. Hanya satu Dinul Haq, iaitu Islam. Hanya satu yang perlu kita perolehi dari Islam, iaitu memahami nilai-nilai yang tersirat di dalamnya, bukan hanya mengaku atau memperjuangkan menjadi Muslim yang kelihatan ketandusan nilai-nilai Islam.

Kedatangan Islam berdasar Batu Bersurat Terengganu perlu dikaji
Oleh Jamudin Idris
rencanabh@bharian.com.my
KEPUTUSAN Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco) mengiktiraf Batu Bersurat Terengganu di bawah kategori Daftar Memori Dunia Antarabangsa (MWIR) harus mengundang sejarawan Malaysia untuk mengkaji secara ilmiah kedatangan Islam ke negara ini berdasarkan Batu Bersurat bertarikh 4 Rejab 702 Hijrah atau 22 Februari 1303 itu.
Pengiktirafan itu cukup bermakna kepada negara dan wajar dilakukan kajian terperinci untuk membuktikan kedatangan Islam ke negara ini seawal 1303 kerana ada yang mengaitkan kedatangan Islam dengan kerajaan Melayu Melaka.
Kajian itu tentunya menarik jika dapat dikaitkan dengan kedatangan Islam di dunia Melayu kerana Kerajaan Samudera Pasai mendakwa kedatangan Islam di sana pada 1242 atau 1292 ketika Majapahit dan Sriwijaya masih berpegang kepada agama Hindu Buddha.
[...] 4. Kita diingatkan di dalam Al Quran, bahawa “Inna Allah khairun Makirin” atau sesungguhnya ‘Strategi Allah [...]