SB06 Mundur kerana Islam?

Ummah mundur selagi membelakangkan Islam
Oleh Yussamir Yusof
SUARA mengatakan umat Islam mundur kerana agama dianuti, semakin lama semakin kuat berkumandang. Malah, ada kalangan umat Islam mengiyakan kenyataan itu tanpa berfikir panjang. Bukan saja mengiyakan, malah mempersoalkan hukum termaktub dalam al-Quran dan hadis sahih.

Penyakit kejahilan yang semakin kuat menyerang pemikiran umat Islam dan bukan Islam harus disekat segera. Sesungguhnya sebab kemunduran, kelemahan dan kejahilan umat Islam bukan disebabkan agama dianutinya tetapi kerana umat Islam tidak lagi berpegang kepada agamanya.

Adakah kerana umat Islam tidak berpegang kepada agamanya, bererti Islam sebagai agama harus dipersalahkan? Demi Allah yang menciptakan apa yang di langit dan di bumi, sama sekali Islam bukanlah penyebab kegagalan umat Islam.

4 Responses to SB06 Mundur kerana Islam?

  1. alberangque berkata:

    Assalam mu alaikum wr wbt
    Salam perkenalan dan salam ziarah
    Saya sangat setuju dalam hal diatas..
    Contoh mudah.. Turki dalam masa pemerintahan Khalifah Othmaniah dahulu memang maju berbanding dengan negara lain sezaman dengannya. Apabila Khalifah Othmaniah dilingkupkan oleh Mustafa Kamal Ataturk tahun 1924, sejak itu dia menjadi ‘a sick man of Europe’. Semenjak dari itu Turki menjadi pengikut setia sekularisme. Kini bila perlahan-lahan mereka ingin kembali kepada Islam, sudah kelihatan beberapa kejayaan yang mengusarkan sekularisme..
    Harap dia juga berjaya.
    Contoh lain ialah Iran. Sekian TK

    • Pak Din 31 berkata:

      Terima kasih menyinggah … Salam Perkenalan!

      1. Segalanya bermula dari ibubapa

      “Kepada ibubapa, dalamilah ilmu mendidik anak-anak sendiri. Bukan bersikap pandai produce anak sahaja tetapi mesti tahu bagaimana nak didik selepas anak itu dilahirkan. Perhatikan ayam atau kucing. Makhluk ini pun pandai produce anak yang banyak juga mendidik anak-anaknya untuk mandiri (survive). Sebagai manusia yang dikurniakan aqal, nafs dan roh sudah pastilah manusia sewajarnya lebih pandai mendidik kalau dibandingkan dengan ayam atau kucing. Janganlah jatuhkah standard kita ke taraf ayam atau kucing sahaja. Sekian TK.”

      http://alberangque.wordpress.com/2009/12/29/motivasi-awal/

      2. Me too a revert! Dari taklid kepada berilmu.

      “Biasanya mereka ini yang “revert to Islam” akan mendalami Islam dan menjadi lebih berilmu berbanding dengan kita yang lahir dalam komuniti Islam. Mereka boleh berbicara tentang Islam, tentang Al Quraan, tentang hadis, tentang syariat, tentang budaya lebih hebat daripada kita yang Islam semenjak lahir lagi. Berbicara dengan mereka kadang-kadang memperlihatkan ilmu Islam yang kita ada sangat sedikit. Kebanyakan mereka menemui Islam melalui penyelidikan atau pembacaan berbeza dengan kita, Islamnya kita kerana mak dan ayah kita Islam. (Lihatlah kehebatan ilmu Dr Ridhuan Tee, Dr Mohamad Ravi, En Ang Wan Seng dan ramai lagi).”

      http://alberangque.wordpress.com/2009/12/15/bermula-di-mana/

      3. OK … maksudnya belakang kerbau itu fitrah?

      “Walau bagaimana pun perkhidmatannya hanya tinggal satu tahun dua bulan sahaja lagi, kerana dia lahir diawal tahun 1953. Dia memang berhasrat untuk membuat rumah di kampungnya apabila bersara nanti. Dia kini tinggal di Putrajaya. Dia mengatakan bahawa orang kampung yang berkerja diluar khususnya dibandar perlu kembali ke kampung masing-masing terutama jika ada harta pusaka seperti tanah. Kalau mereka tak balik kampung akhirnya kampung itu akan jadi hutan semula. Setinggi-tinggi terbang bangau akhirnya kembali ke belakang kerbau juga.

      Sahabat yang saya maksudkan ialah Dato’ Badaruddin Abdul Rahman yang kini bekerja di Kementerian Pelajaran Malaysia. Selamat menjalankan tugas Dato’.

      http://alberangque.wordpress.com/2009/11/23/kawanku-3/

  2. Pak Din 31 berkata:

    Mengapa persoalan-persoalan ini perlu diberi penekanan dan pastinya memerlukan jawapan? Ini kerana realiti semasa hari ini jelas menunjukkan satu trend yang mana “too many people wear the title of a Muslim, but they don’t practise Islam!“. Alhamdulillah, ramai yang telah menjadi Muslim pada nama dan kad pengenalannya, tetapi tidak pada perasaan, percakapan dan tindakannya. Mudah-mudahan dengan teori retorika yang disepadukan dengan kemahuan membara untuk ber’amal akan dapat membakulsampahkan pengangguran dalam penghayatan beragama dan kemandulan dalam terhasilnya umat Islam yang berminda sedar akan ad-deen yakni menjadikan Islam sebagai cara hidup.

    [Apapun, perlu dinyatakan betapa masih ramai dalam kalangan umat Islam yang terus kekal dengan prinsip Islamnya. Senario di atas dinyatakan sebagai satu dilemma nyata yang perlukan perhatian holistik secara bersama.]

    http://muhtarsuhaili.wordpress.com/2008/06/15/merasai-kemanisan-iman-dan-kebahagiaan-taqwa/

  3. [...] dari Sunnah Allah, yang disampaikan melalui Rasul-rasulNya untuk menjadi pedoman hidup di Dunia. Muslim mundur kerana Muslim bukan [...]

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

Gravatar
WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.