SB09 Masjid Kristian

Nik Aziz tidak setuju

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my

KOTA BHARU 3 Jan. – Penggunaan kalimah Allah oleh agama lain tidak boleh dibenarkan sama sekali kerana ia akan menyebabkan kekeliruan di kalangan umat Islam.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, biar pun dari segi hukum membenarkan agama ‘samawi’ seperti Kristian dan Yahudi menggunakan kalimah itu tetapi dibimbangi ia disalah gunakan pihak tertentu.

Beliau berkata, masalah penggunaan kalimah Allah timbul kerana tiada badan perunding antara pihak Islam dan Kristian yang menyelesaikan kemelut itu dengan baik menyebabkan ia kini menjadi isu sensitif.

“Kita bimbang dan takut orang ini salah guna perkataan Allah iaitu salah guna dalam pengertian, sebab itu dalam fiqah kita boleh sekat orang bukan Islam guna perkataan Allah walaupun benda itu harus.

“Saya juga bimbang kalimah ini disalah guna sehingga menyebabkan orang Melayu beragama Islam keliru… dia kata sana Allah, sini pun Allah sehingga akhir-akhir ini dia minta gereja pun dipanggil masjid Kristian.

One Response to SB09 Masjid Kristian

  1. Pak Din 31 berkata:

    #1 written by pak din 31
    about -1 years ago

    aN99:
    Manusia harus punya kebebasan untuk menyuarakan idea dan pendapat, berdebat dan berwacana, berselisih dan berkonfrontasi; selagi mana hujah dibalas dengan hujah, dalil dengan dalil, pena dengan pena. Tindakan memaksa manusia berfikir serupa dan seragam, mengharamkan buku/kitab, dan membantai idea dan tafsiran yang jamak, adalah sama seperti menghalang cahaya Islam bersinar pada malam yang gelap. Akibatnya manusia kehilangan arah, meraba-raba dalam kegelapan dengan mata mereka ditutup.

    Suratan Islam mungkin terhalang, tetapi tidak SIratan (Nilai) Isam.
    Penerapan nilai Islam sekarang ni terlihat sebagai sesuatu yang pelik oleh masyarakat, menjadikan Muslim terus hanyut dari Islam.

    http://saifulislam.com/?p=1327#comment-12093

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

Gravatar
WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.