SB11 Mengikat Sains Dan Agama

Dari Blog Leokid, Terima kasih.

Begitu juga apabila ada sesetengah yang menindihkan agama dan sains. Agama dan sains perlu bergerak seiring, itu saya tidak nafikan, namun ianya tidak wajar ditindihkan (overlap). Permasalahan yang boleh timbul, adalah apabila ada sesetengah yang menyandarkan dan mengikat agama dengan sains.

Contohnya, dikatakan diharamkan memakan babi (agama) itu disebabkan babi itu membawa banyak penyakit (sains). Atau dikatakan perlunya solat berjemaah (agama) itu, adalah untuk menyeimbangkan cas-cas positif dan negatif dalam badan (sains).

Kelemahan apabila mengikat agama dan sains, adalah apabila salah satunya runtuh (void) maka yang satu lagi akan turut runtuh! Jika disandarkan agama kepada sains sepertimana contoh babi yang saya berikan di atas, maka adalah logik untuk kita katakan bahawa jika babi itu dimasak sehingga sterile hilang kuman2 dan parasit2, babi akan menjadi halal? Dan adakah jika kita berjaya mencipta suatu alat atau pakaian yang boleh meneutralkan cas-cas badan, maka anjuran solat berjemaah akan gugur?

Tidak sama sekali. Agama sama sekali tidak dibataskan oleh sains. Jauh di sudut hati saya, saya bersetuju perlunya pemisahan antara sains dan agama. Namun bukannya pemisahan total, sebagaimana yang terjadi ketika konflik ketika zaman Enlightment di Eropah suatu masa dahulu. Sebaliknya, seperti yang saya katakan, agama dan sains itu perlu bergerak seiringan, tetapi tidak dependant/bergantungan antara satu sama lain.

Mengaitkan dengan isu pencemaran akidah. Ya, bagi saya itulah salah satu jenis pencemaran akidah, apabila memusatkan niat dan asbab sesuatu ibadah/syariat Islam itu kepada sains. Solat semata2 sebab nak bagi darah mengalir ke urat di kepala. Solat berjemaah sebab nak seimbangkan cas-cas badan. Haram makan daging babi sebab takut dapat penyakit.

Sesungguhnya sains itu hanyalah alat. Berdasarkan sunnatullah. Ianya boleh menjadi bukti keagungan Allah secara umum, namun ianya tidak boleh disandarkan sebagai bukti mutlak.

4 Responses to SB11 Mengikat Sains Dan Agama

  1. Qubezo berkata:

    Saya setuju dengan ulasan kali ni.

    • Pak Din 31 berkata:

      Kalau lihat dari tampat, Sdr setuju dengan Leokid, bukan pada komen saya? Anyway terima kasih datang bekunjung.

      Islam itu adalah nilai terbaik, tetapi Muslim telah menterjemahkannya menjadi sebalik, menyebabkan kehidupan Muslim sekarang tak boleh diusik.

      Petikan dari Blog Sdr

      I’m not sure if this is happening to everyone coz this does happen to me all the time. I will wish and pray that I’d be doing something good or at least cherish my free time after the exam month at one point but ironically when everything is over all my plans are simply ignored.

      Is this a form of a disease or I am simply creating one? It reminds me of a hadith narrated by Abdullah bin Abbas (Radiallau Anhu). He reports that Rasulullah said,

      “There are two bounties of Allah wherein most people are deceived, health and free time”.

      The questions is, am I being the hypocrites by letting my guard down to be deceived by my own wealth or I simply play ignorant about my surrounding and let nature to take toll on me? Well, are we in the same group?

      Salam perkenalan!

  2. Qubezo berkata:

    Maksud saya ulasan bro di blog Leokid. Salam perkenalan juga. Saya baru habis SPM dan banyak masa terbuang kat rumah. Hehe. Terima kasih atas comment.

    • Pak Din 31 berkata:

      Well done … Semuga 10 A akan tiba!

      Dari penulisan yang dibuat (walaupun baru baca sedikit aja), Pakcik sangat kagum, teruskan dengan usaha. Anak Pc ke2 baru lepas SPM tahun lepas dan sekarang di MIAT. Pc suruh dia berblog … eh

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

Gravatar
WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.