SB13 Apa ada pada pangkat?

Januari 9, 2010

1. Apa ada pada jawatan? MD Managing Director, CEO Chief Executive Officer, COO Chief Operating Officer, Executive Director, Executive Chairman dan sebagainya. Maaf ya semua pemegang jawatan tersebut, kerana pada saya, asas tanggung-jawabnya sama seperti Jaga atau Pengawal. Bezanya ada Jaga menjaga pintu keluar masuk syarikat dan ada Jaga jaga syarikat. Pertama sekali saya diberikan jawatan Penolong Pengawal Telekom, selepas 4 tahun belajar di UK, orang Kampung terperanjat, kerana jadi jaga, … penolong jaga, lagi! Tapi bila ke Sapura, kemudian ke Medan dan Dacca, akhirnya membaca Kitab Alam, kerja Jaga atau pengawal (terutamanya, Jaga Nafsu Sdn Bhd) itu adalah terhebat.


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.