SB13 Apa ada pada pangkat?

1. Apa ada pada jawatan? MD Managing Director, CEO Chief Executive Officer, COO Chief Operating Officer, Executive Director, Executive Chairman dan sebagainya. Maaf ya semua pemegang jawatan tersebut, kerana pada saya, asas tanggung-jawabnya sama seperti Jaga atau Pengawal. Bezanya ada Jaga menjaga pintu keluar masuk syarikat dan ada Jaga jaga syarikat. Pertama sekali saya diberikan jawatan Penolong Pengawal Telekom, selepas 4 tahun belajar di UK, orang Kampung terperanjat, kerana jadi jaga, … penolong jaga, lagi! Tapi bila ke Sapura, kemudian ke Medan dan Dacca, akhirnya membaca Kitab Alam, kerja Jaga atau pengawal (terutamanya, Jaga Nafsu Sdn Bhd) itu adalah terhebat.

2 Responses to SB13 Apa ada pada pangkat?

  1. Pak Din 31 berkata:

    Keadaan ini bukan berlaku di asrama sahaja. Ramai ibubapa yang tak suka cuti sekolah kerena mereka terpaksa jaga anak sendiri. Biasanya mereka meminta pihak sekolah mengadakan program untuk anak mereka waktu musim cuti. Kalau cuti pertengahan penggal atau pertengahan tahun tu mungkin ada logiknya, tetapi mereka minta sekolah buat program musim cuti akhir tahun. Itu yang peliknya. Ini semua gara-gara susah jaga anak sendiri. Pandai buat anak sahaja tetapi tak pandai jaga.

    Dr Abdullah Nasih Ulwan, Professor Pengajian Islam, Universiti Al-Malik Abdul Aziz, Jeddah dalam bukunya “Pendidikan anak-anak dalam Islam” menyarankan cara-cara pendidikan berkesan kepada anak melalui lima pendekatan iaitu, [1] Pendidikan dengan menunjukkan contoh dan tauladan. [2] Pendidikan dengan adat kebiasaan. [3] Pendidikan dengan nasihat dan bimbingan. [4] Pendidikan dengan pemerhatian dan pengawasan. [5] Pendidikan dengan denda dan hukuman.

    http://alberangque.wordpress.com/2010/01/06/susah-jaga-anak/

    KHALIFAH METHOD

    Khalifah Method menerapkan kefahaman kepada anak-anak tentang sebab mengapa manusia mesti menjadi hebat.

    Khalifah adalah wakil. Seperti duta. Kelayakan duta, beliau mestilah yang terbaik dalam serba serbinya. Menjadi Khalifah Allah bermaksud, mesti menjadi yang terbaik kerana kita adalah wakil kepada Tuhan yang Maha Hebat dan Maha Baik.

    Antara kelebihan mengapa manusia dilantik menjadi Khalifah, ialah kerana kurniaan akal yang tidak dinikmati oleh makhluk sehebat gunung, atau yang tangannya banyak seperti sotong atau kakinya banyak seperti lipan.

    Dengan akal, manusia mampu untuk pergi ke tahap yang tidak mampu dicapai oleh mana-mana makhluk Allah yang lain. Kesedaran diri sebagai Khalifah adalah motivasi terbaik bagi mendorong manusia meneroka keistimewaan diri masing-masing.

    Cabarannya ialah, bagaimana konsep ini boleh diringkaskan ke pemikiran kanak-kanak di awal usia persekolahan? Ruang ini menjadi kembara saya dalam mencungkil kemahiran dakwah yang belum ada sebelum ini.

    http://saifulislam.com/?p=7397

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

Gravatar
WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.