SB18 Bosan dengan jawapan?

Februari 26, 2010

… Lagi bosan tak membaca!

1. #73 written by pak din 31

Antara kecanggihan menggunakan iPhone (“Kehilangan Iphone menyebabkan saya seperti kebakaran pejabat!”) dengan kecanggihan menggunakan kesedaran berada di landasan (“perhatian terus ditumpukan kepada jalanraya”), saya kira sinergi keduanya memberikan makna memahami “Qaalu Innaa Lillaah wa Innaa Ilayhi Raaji’oon”
ICT is the extention of our intelligent system. And that system is the menifestation of His Energy.
Dalam kesebukkan kita melayani kerenah manusia (memahami SyariatNya), sempatkah kita mengaitkan segalanya kepada Dia )melalui SunnahNya)? Cinta tanpa syarat hanyalah untukNya,

2. #4 written by pak din 31

Sesungguhnya pada semua para Rasul terdapat contoh teladan dan semapdan yang terbaik, untuk kita laksanakan setiap hari dalam kehidupan kita. Para Rasul menjadi rahmat kepada Alam (semua makhluk) ini. Kegagalan manusia menterjemah kenyataan ini menjadikan perpechahan yang membawa kemunduran kepada Umat

3. pak din 31 reply on February 26th, 2010 8:51 am:

@Pak Din, Antara proses berzikir, mengingati Allah ialah dengan mengingati CarakerjaNya atau SunnahNya.
“Today, thanks to advances in protein purification and recombinant DNA technology, the 14 vaccines given to young children contain a total of about 150 immunologic components.”
Kejayaan Ahli Sains menaiki tangga memahami dan menguasai teknologi, merupakan tanda-tanda kebenaran Al Quran bahawa segala yang ghaib mempunyai kuncinya. Hakikatnya ialah kunci ghaib itu milik Allah dan diberikan kepada sesiapa sahaja yang berusaha mendapatkannya.
Event becomes random, only because we don’t have the key knowledge of hiw it happened.

4. #14 written by pak din 31

“Apakah tidak ibu ketahui bahawa apa yang ada di sisi Allah itu adalah jauh lebih baik buat Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam?”
Tidakkah kita terfikir bahawa tiada sesuatu yang berlaku di Alam ini, yang terlepas pengetahuan di sisi Allah?
Kebijaksanaan Nabi saw menterjemah ayat-ayat Allah menjadikan dia Ulil Albab yang tidak mengenepikan SunnahNya.
Ketangkasan NAbi saw menjalankan muamaalah sebagai aktiviti kehidupan awalnya, menjadikan dia kemudian mengasaskan sebuah Empayar teragung.
“ALLAH telah mengajar Khatamun Nabi ADDEEN yang lengkap” sebagai pelengkap kepada 124000 Nabi-nabi terawal yang ditugaskan melaksanakan hukum Islam,
Kedatangan 12 Rabi’ulAwwal merupakan puncak mengingati hakikat kebenaran yang tersirat di dalam Islam dan telah digunakan oleh Nabi-nabi Utusan dalam mencapai kejayaan pendakwahan.

5. #19 written by pak din 31

Bosan sebenarnya menulis di karpet ini … tapi lebih bosan tak menulis di mana-mana,
Bosan dengan kehidupan di Dunia … tapi bayangkan kebosanan menunggu giliran untuk masuk ke kandang Mahkamah
Bosan bercakap pasal Syariat untuk membetulkan manusia … tapi 10x lebih bosan bercakap tentang Sunnah dengan pokok
Bosan dengan warna warni yang menyilaukan keadaan … tak ke lagi bosan hidup dengan putih semata
Bosan dengan hidup tak punya pilihan … tapi, tak ke haru, dapat pilihan yang membosankan
Bosan mengkaji adaptasi, evolusi dan si-si lain, lagi bosan … apa nak, terus jadi.
Halangan adalah milik kita sebagai manusia, melepasinya adalah kurniaan milik Allah.
Sebelum diberikan 6 Kaki, hapuskan kebosanan dengan memahami Konsep 6 Tahap (Fi Sittah Ayyam)

6. #57 written by pak din 31

aN99:
Manusia harus punya kebebasan untuk menyuarakan idea dan pendapat, berdebat dan berwacana, berselisih dan berkonfrontasi; selagi mana hujah dibalas dengan hujah, dalil dengan dalil, pena dengan pena. Tindakan memaksa manusia berfikir serupa dan seragam, mengharamkan buku/kitab, dan membantai idea dan tafsiran yang jamak, adalah sama seperti menghalang cahaya Islam bersinar pada malam yang gelap. Akibatnya manusia kehilangan arah, meraba-raba dalam kegelapan dengan mata mereka ditutup.
Suratan Islam mungkin terhalang, tetapi tidak SIratan (Nilai) Isam.
Penerapan nilai Islam sekarang ni terlihat sebagai sesuatu yang pelik oleh masyarakat, menjadikan Muslim terus hanyut dari Islam.


SB17 Pertikai terjemahan Muslim,

Februari 21, 2010

… jangan pertikai Syariat Islam. Islam itu Ad Dinul Haq atau Agama Yang Benar. Syariat Islam yang tidak diterjemah, secara nilainya (bukan bacaannya) oleh pengikutnya, Muslim, sehingga mereka tidak dapat bersatu menentang ancaman luaran dan dalaman. Syariat Islam adalah sebahagian dari Sunnah Allah, yang disampaikan melalui Rasul-rasulNya untuk menjadi pedoman hidup di Dunia. Muslim mundur kerana Muslim, bukan Islam! Muslim mundur kerana lupa pangkatnya sebagai Khalifah dan Hamba, memerlukan dia menggunakan akal yang diberikan ke tahap maksima dan kritikal.

Bukan pangkat CEO, MD, Pengurus Besar, Pendakwah dan sebagainya yang memerlukan penggunaan akal yang maksima (kerana ianya telah dibayar oleh Syarikat) tetapi, pada pencarian makna sebanar mengingati pangkat kita, sebagai Khalifah dan Hamba. Tanpa akal kedua-dua pangkat gugur dengan sendirinya, dan tinggallah pangkat CEO, Jurutera, Doktor, Penguasa dan sebagainya.


SB16 Jangan lupa pangkat,

Februari 18, 2010

… yang diberikan kepada kita di Dunia ini, sebagai Khalifah (Ketua) dan Hamba (Kuli). Hamba kepada Allah dan Khalifah kepada manusia.


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.