SB17 Pertikai terjemahan Muslim,

Februari 21, 2010

… jangan pertikai Syariat Islam. Islam itu Ad Dinul Haq atau Agama Yang Benar. Syariat Islam yang tidak diterjemah, secara nilainya (bukan bacaannya) oleh pengikutnya, Muslim, sehingga mereka tidak dapat bersatu menentang ancaman luaran dan dalaman. Syariat Islam adalah sebahagian dari Sunnah Allah, yang disampaikan melalui Rasul-rasulNya untuk menjadi pedoman hidup di Dunia. Muslim mundur kerana Muslim, bukan Islam! Muslim mundur kerana lupa pangkatnya sebagai Khalifah dan Hamba, memerlukan dia menggunakan akal yang diberikan ke tahap maksima dan kritikal.

Bukan pangkat CEO, MD, Pengurus Besar, Pendakwah dan sebagainya yang memerlukan penggunaan akal yang maksima (kerana ianya telah dibayar oleh Syarikat) tetapi, pada pencarian makna sebanar mengingati pangkat kita, sebagai Khalifah dan Hamba. Tanpa akal kedua-dua pangkat gugur dengan sendirinya, dan tinggallah pangkat CEO, Jurutera, Doktor, Penguasa dan sebagainya.


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.