1. #37 written by pak din 31
Satu lagi pembuka mata (kepala dan hati) yang mantap dari SIO, seperti biasa sejak dari sedekad yang lalu. Syabas Ustaz!
Maka terbukalah minda untuk berfikir adakah benar apa yang disampaikan, terutamanya kerana kita dijajah British maka axsiomnya (rujukan) adalah British?
Tidakkah pula kita terfikir, Amerika juga tidak lain dari jajahan British (dan kuncu-kuncunya orang Eropah), tetap mereka berjaya mengeluarkan perangai buruk Britishnya dan berjaya? (telan dulu …)
Seterusnya fikirkanlah dengan mendalam, bahawa tanpa nilai Islam sebagai alat atau cara yang diguna-pakai, bolehkah ada negara yang berjaya? kerana ingatlah tiada sesuatu yang berlaku di luar dari Sunnah Allah!
Maka fikir-fikirlah dan kemudian zikir-zikirkan (ingat SunnahNya), bahawa tidak ada dan tidak pernah berlaku Islamphobia, yang ada hanyalah Muslimphobia, kerana …
‘Lu fikirlah Nabil! ….’, komen lakonan sendiri, walaupun dalam nada komidi, terkadang mengundang persoalan yang lebih mahal dari disangkakan. (http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0307&pub=utusan_malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_07.htm&arc=hive)
2. pak din 31 reply on March 6th, 2010 5:53 pm:
@Leokid, My dear Amy … I would recommend you to be a revert , rather than convert.
Many converts got frustrated, after a while, due to several reasons, mostly due to the inaccurate interprations of the verses.
I am sure your life, hold to some values, which are common when your become revert.
Islamic values are all the best available values, to fuel life, so examine values rather than the behaviour of people claimed holding them.
I can see you invest best effort to find the truth, and mind you advices are plentiful and free, where as correct answers are rare.
So keep on searching and bring over those Islamics value when you decide to revert. They require only a slight adjustment.
3. #16 written by pak din 31
Tertarik saya bahagian peribadi dari jawapan Leokid, yang bijaksana, kerana ia selari dengan falsafah pemikiran saya.
Ibarat dua insan sedang bercinta, kelautan api diredah bersama, iaitu membawa makna tak penting apa yang mereka berdua lakukan, yang peting nikmat bersama.
Dunia adalah tempat berusaha mengenal dan mencari keredoaanNya, dan segala Kadar telah ditentukan melalui SunnahNya.
Akhirat pula adalah tempat kita diberikan ganjaran, keputusan dan balasan, atas segala usaha yang kita lakukan.
Apa dan bagaiman, yang akan menjadikan kita mencapai klimak kenikmatan di Alhirat, bukan lah isu utama yang perlu dibincangkan, kerana SunnahNya memungkinkan apa sahaja yang dipinta.
Yang penting ialah kebersamaan kita dengan Pencipta, sebagaimana ibarat dua insan bercinta tadi, dan perlu dingat TIADA kenikmatan di Dunia setanding yang di Sana.
4. pak din 31 reply on March 5th, 2010 9:27 am:
@Leokid, Syabas Sdr Leokid … satu pandangan yang berani dan sangat relevan untuk dipetik. Saya pasti ramai yang tersinggung dan tak kurang juga yang panas punggung.
Keluhan yang Sdr luahkan tidak nampak bersifat ’seperti’ dan rasanya kita (saya, Sdr dan Ustaz juga) senada dalam irama penulisan yang dicoretkan. We have common denominator or factor.
Banyak penulisan Ustaz di peringkat muda, bersifat anti-establishment. Jangan tersilap terjemah sebagai negatif pula, tetapi tidak juga ianya boleh terus dijadikan modus operandi.
Saya setuju dengan ‘asyik nak “menakut-nakutkan” je kejenye’, kerana ianya jauh lebih mudah membaca hadis utnuk menyokong, daripada menterjemah nilai atau yang tersirat darinya.
Tidaklah juga kita bertujuan memperlekeh isu seperti berkhatan dan sebagainya, tetapi apabila ianya dijadikan agenda besar, hanya kerana kekurangan usaha untuk menganalisa mana yang lebih utama dan man yang pertama.
Tidak dapat tidak, terpaksa mengambil contoh konsep 1Malaysia, rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan, yang kalau dikait di sini menjadi yang furuk diutamakan, yang usul didahulukan.
5. pak din 31 reply on March 5th, 2010 9:37 am: (komen asal suria, telah tertapis)
@suria, Wah coooooolnya suria, sesejuk empun pagi di Jumaat yang mulia ini.
Cool pasal suria mahir berbahasa poyo, yang pada saya, sebahagian perkataan Bahada Arab adalah lebih mudah.
Apapun bahasa anak muda generasi baru ini tidak boleh dipersalahkan, sekurang-kurang tidak lebih salah dari diri anak muda yang menggunakannya.
Cuba ‘zoom in’ dimana sebenarnya poyonya, kerana poyo dan skema itu katanya antonim kepada cool.
Kucing kena sepak memang brutal, tetapi nilai kehidupan sekarang menganggapnya sebagai rock. Kalau tidak jadilah ia skema atau poyo.
Tak kurang juga yang brutal dan rempit di jalan raya, tetapi apabila di IPT menjadi jiwang tak bermaya.
6. pak din 31 reply on March 4th, 2010 1:10 pm:
“Katanya Islam itu seksis, kenapa pula wanita yang lebih banyak masuk ke neraka”
Ingat kepada isu 1:9 yang pernah Ustaz sentuh berkaitan Lelaki dari Zuhal dan Wanita dari Marikh!
Seksisnya pelu dipositifkan, kerana ada fungsi yang memang direka untuk manusia bergantung kepada jantina
Keibuan perlu pada wanita dan keibuan memerlukan lebih perasaan dan fikiran.
Kebapaan pula tidak pula terlepas dari tugasan, seperti kata Ustaz, ada beberapa billion.
Maka tidak perlu kita adakan perkataan sinergi, kalau pada asalnya tiada perbezaan yang membawa kita kepada memikirkan bahawa ianya seksis
pak din 31 reply on March 4th, 2010 1:14 pm:
@pak din 31, kesalahan kritikal …
“lebih perasaan dan fikiran” sepatutnya “lebih perasaan dari fikiran”
pak din 31 reply on March 7th, 2010 9:46 am:
@ummualya, Jauh sungguh jangkauan minda Ummu, terutama apabila di bawa oleh arus ICT yang tidak dapat dihalang sesiapa.
Tinggi pemikirannya, apabila persoalan kenapa Sunnah Allah ( ada beza dengan hanya menyebut Allah?) mengizinkan komputer menjadikan maklumat bergelumang di hujung jari (kemudian mengalir ke minda dan budaya)
Lapang dadanya, (kerana secara tradisinya ilmu dikaitkan dengan dada) apabila memberikan penekanan kepada mencari persamaan dan bukan sebaliknya.
Tetapi lupakah kita kepada persoalan asasnya, seperti telah di sebut dalam komen sebelumnya, http://saifulislam.com/?p=6707#comment-71715 …
Bahawa … kita selalu lupa menzikirkan SunnahNya, maka kita lupa bahawa kehidupan ini kompleks, dan mencari kejayaan di dalam kehidupan itu jauh lebih kompleks!
Kerana … komputer tidak datang bergolek dengan sendirinya, tidak pernah termasuk dalam silibus pembelajaran akidah di mana-mana … hanya kerana Muslim gagal menterjemah pekara-pekara USULnya Agama.
pak din 31 reply on March 7th, 2010 11:24 am:
@Fazli_samsudin, Benar bagai dikata, ‘Tak kenal maka tak cinta, tak usik maka tak mesra … tak komen, gatal jari pula!’
Duhai anak-anak dan adik-adik semua, August ini masuk tahun ketiga saya mengenali Ustaz, yang bjaksana.
Hebat, hebat, tulisan dan pemikiran Ustaz yang di kemuka, belum lagi sentuh kehebatan menterjemah ‘erti hidup bukan meminta, (habis irama -memberi)’
Apapun memang peting kita mengingatkan bahawa Bukan Muslim bukan musuh utama kita, sebagaiman tersirat disebalik kata-kata Saudara
Balik dari perang besar (Badar) Nabi saw mengingatkan ada perang (musuh) yang lebih besar, iaitu persepsi dan nafsu kita …
Betulkan niat, tingkatkan perjuangan, muhasabah persepsi, awasi nafsu, rapatkan saf, insyaalah berjayalah kita bersama!
Beliau berkata, Islam menggalakkan sesuatu perkahwinan untuk mendapatkan zuriat dan bukan semata-mata dilihat dari sudut untuk memuaskan nafsu dan amalan sunah Nabi Muhammad, semata-mata.
“Seperti juga kita makan buah durian adalah untuk mendapatkan rasa nikmat isinya, dan membuang segala benda yang tidak mendatangkan faedah seperti kulit dan bijinya.
“Begitu juga dengan berkahwin kita digalakkan bagi mendapatkan zuriat yang baik hasil percantuman jenis. Jadi saya tidak setuju jika kahwin terlalu muda, bawah umur seperti itu,” katanya.
http://www.malaysiakini.com/news/126181