SB33 Antara Taklid dan Tajdid

April 30, 2010

… itulah laluan Ulul Al Bab.


SB32 BN menang tapi BA tak kalah

April 26, 2010

1000+ aja


SB31 Politik untuk semua

April 22, 2010

12.25pm: Sebaliknya menurut Khairy yang cuba menimbulkan kemarahan Pakatan menyamakan slogan “Israel untuk semua” dengan slogan “PAS untuk semual”.
Sambil memegang sebuah fail, Khairy mendakwa dia mempunyai bukti bahawa Anwar mempunyai perhubungan terus dengan Paul Wolfowitz, seorang penyokong kuat Zionist.

12.16pm: Khairy Jamaluddin (Umno-Rembau) memulakan debatnya dengan mendakwa Anwar menimbulkan kontroversi berhubung Apco Worldwide kerana beliau kuathir kerajaan pusat yang diterajui BN kini mendapat sokongan 68 peratus rakyat.

Katanya, kegusaran Anwar itu diburukkan lagi dengan masalah yang dihadapi oleh Pakatan Rakyat, termasuk beberapa pemimpinnya yang berpaling tadah sehingga menyebabkan ketua umum PKR itu kehilangan majoritinya di kalangan pembangkang including a string of defections from PKR which has caused him to los.

“Walaupun Pakatan tidur sebantal tetapi mimpinya lain-lain,” sindir Khairy.


SB30 Jantung bukan hati.

April 20, 2010

Jika pun boleh diterima, salah satu pengertian hati itu disebutkan oleh Kamus Dewan sebagai batin atau tempat perasaan. Ini hampir ada persamaan dengan maksud akal (al-‘Aql) yang sebut juga sebagai salah satu maksud qalb dalam Lisan al-‘Arab (m.s 687).

It’s All In The Mind


SB29 Tua lawan muda?

April 15, 2010

Antara usahanya yang terkenal ialah risalah yang ditulisnya mengkritik Mufti Johor ketika yang memusuhi gerakan pembaharuan.

Setiap mereka yang berminat dengan gerakan pembaharuan patut membaca buku Prof Hamka Teguran Suci Dan Jujur Terhadap Mufti Johor.

Antara tegurannya: “Melihat cara-caranya samahah al-mufti sebagai pembela kaum-tua di dalam menghentam kaum-muda bagi beliau rupanya tidaklah mengapa memukul kaum-muda dengan membuat fitnah…sekarang samahah al-mufti rupanya memakai cara-cara pula: matlamat menghalalkan cara. Asal saja kaum-muda dapat dipukul hancur tidaklah mengapa berdusta..” (m.s. 85).

Kata Prof Hamka juga: “Maka orang tua yang dahulunya berusaha keras mempertahankan gelaran itu dengan segala daya upaya, menuduh sesat, zindiq, Wahabi, mulhid, orang tua itu sekarang masih hidup untuk menyaksikan dengan kepalanya sendiri kemenangan yang sekian kalinya dari gerakan kaum-muda!

Akhirnya, semua orang hendak dikafirkannya” (Teguran Suci Dan Jujur Terhadap Mufti Johor m.s. 48, Selangor: Pustaka Dini, 2009). Katanya juga:

“Memang ada juga orang yang tidak suka berebut-rebut. Jangan buka-buka masalah baru. Biar orang tinggal bodoh seperti dahulu dan kalau ada pun fatwa dari mufti hendaklah diterima dengan: Na’am (ya)! Tetapi orang itu sudah sangat jauh ditinggalkan keretapi!” (m.s 49).


SB28 Perak mengambil keputusan

April 13, 2010

Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak mengambil keputusan sebulat suara membantah kelulusan Kabinet terhadap penubuhan jawatan-kuasa antara agama dan merakamkan rasa kesal serta dukacita terhadap kelulusan itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Harussani berkata, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak mencadangkan supaya penubuhan jawatankuasa itu bukan saja dirujuk kepada Kabinet untuk tujuan kelulusan, malah kepada Majlis Raja-Raja yang mempunyai kuasa tertinggi terhadap agama Islam.

Beliau berkata, setiap agama tidak boleh disamakan dengan Islam yang mempunyai kedudukan tinggi di sisi Allah dan setiap orang Islam wajib memelihara agamanya daripada sebarang anasir yang boleh merosakkannya.

“Sebarang bentuk rundingan atau dialog agama dibolehkan, namun Jawatankuasa Fatwa berpandangan ini patut dielakkan sama sekali, apatah lagi jika dilakukan di kalangan masyarakat umum yang lebih mengundang ketidakfahaman terhadap mereka. Sebarang bentuk dialog yang boleh mencemar dan menjatuhkan imej dan kesucian Islam hendaklah dielakkan,” katanya.

Harussani berkata, larangan dialog yang boleh menjatuhkan imej Islam bertepatan dengan kaedah fiqh yang terjemahannya bermaksud ‘membendung kerosakan diutamakan daripada menarik kemaslahatan’.


SB27 Pluralisma

April 9, 2010

Teorinya itu merujuk kepada kata-kata Rumi, “Lampunya berbeza tetapi cahayanya sama.” Hick juga menemukan kalimat sama dalam kitab suci Hindu, Bhagavad Gita, “Jalan apapun yang dipilih manusia adalah milik-Ku.”

Sikap menyatakan adanya inti semua agama mengatasi bentuk lahiriah dan upacara tidak ada sandaran dalam tamadun Islam atau sejarah kerohaniannya. Nama yang disebut bagi menyokong aliran itu adalah perbuatan menjual nama demi melariskan barangan. Kenyataan itu diambil di luar konteks atau ditafsirkan secara tidak sahih.

Dante yang terkenal dengan bukunya, Divine Comedy tidak berjaya membuktikan beliau memandang semua agama ada kedudukan sah dan bersifat sebagai penyelamat. Jika tidak, mengapa beliau memasukkan Nabi Muhammad dalam neraka dengan tuduhan baginda sebagai ketua kumpulan mengadakan sokongan serpihan agama yang sesat.

Dante yakin kebenaran muktamad agama Katholiknya tetapi bagaimana buku itu boleh menjadi bukti kebenaran pluralisme agama?


SB26 Kuasa Politik, Kuasa Agama, Kuasa Tuhan.

April 7, 2010

Ada beragama tidak bertuhan, ada berpolitik tidak beragama.


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.