maka terkoreklah segala-galanya, seperti berita berikut dan banyak berita lain. Malangnya bila AlQuran bertanya, “Bagaimana unta dijadikan? …” kedua-duanya buat tak tahu!
Peguam Perancis, Joseph Breham percaya akan wujudnya “tekanan dan ugutan” sepanjang usahanya menyiasat pembelian dua kapal selam buatan negaranya kepada Malaysia. Namun menurut Breham, beliau tidak gusar kerana tumpuan antarabangsa kepada kes berkenaan semacam memberikan perlindungan untuk beliau.
“Sebagai contoh, sekiranya berlaku sesuatu kepada saya di Malaysia, ia akan menarik perhatian media antarabangsa, tekanan politik dan sebagainya, ini akan menjadikan lebih produktif.
“Saya bukan penterjemah Mongolia. Sekiranya terdapat masalah, semua media berbahasa Perancis akan memaparkan tajuk seperti ‘Peguam Perancis yang menyiasat dakwaan rasuah hilang di Malaysia’. Tiada siapa yang boleh terima perkara ini,” kata Breham dalam satu wawancara baru-baru ini.