SA64 The building block of life

1. Sekurang-kurangnya tujuh ayat Al Quran memberitahu kita bahawa segala yang ada di Alam ini adalah milik Allah. Antaranya ialah [AQ 3:109]. “Dan bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan.”, [AQ 3:180], ” … bagi Allah jualah hak milik segala warisan (isi) langit dan bumi …”, [AQ 4:139], ” … kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah …”, [AQ 6:12], “… (Semuanya itu) adalah milik Allah …”, [AQ 16:52], [AQ 21:19], [AQ 42:49]

2. Zat Allah itu sendiri tidak layak untuk berada di Alam ini, kerana segala yang dapat dilihat di Alam ini merupakan mahklukNya, tetapi Hasilkerja dan GerakerjaNya yang memungkinkan segalanya terjadi dan berlaku. Sementara Cara Kerja (atau Carakerja/Sunnah) menerangkan bagaimana sesuatu itu boleh ada di Alam ini. Sekiranya Allah memberhentikan KerjaNya maka lenyaplah Alam ini dan tidak hadirlah semua makhlukNya.

Higgs Boson sebagai perantara tenaga dan jirim

3. Dari Al Quran, kita dibayangkan bahawa terdapat enam tahap pembentukan makhluk di Alam ini. Di tahap paling bawah atau asas, ialah dengan wujudnya Gerakerja maka ia menghasilkan Hasilkerja ditahap petama yang kajian ilmu sainnya dirujuk sebagai Quantum Science. Kegigihan ahli sains sehingga kini, akhirnya tercetuslah idea The God Particle (Higgs Boson), yang menjadi penghubung antara jirim (matter) dan tenaga (energy), dan sedang dibuktikan kehadirannya melalui eksperiment di LHC CERN.

The standard model of sub-particles

4. Hanya Zat Allah dan Tenaga PotensiNya yang wujud sebelum Dia beriradah untuk menjadikan mahluk. Dia wujud, qidam dan baqa’. Tenaga potensi adalah tenaga yang berupaya melakukan sesuatu tetapi belum lagi melakukan. Setelah dilakukan Tenaga Potensi bertukar menjadi Tenaga Kinetik. Maka makhluk ini semua adalah terjemahan kepada berkehendaknya Allah (Iradah) dengan menggunakan TenagaNya (Kudrah). “Adalah Aku perbendaharaan yang tersembunyi maka Aku kehendak akan diperkenal akan daku maka Aku jadikan segala makhluk supaya dikenalnya akan daku.”

Fundamental forses of the Universe

5. Sesungguhnya Quantum Science sangat bersifat Ilmu Tauhid. Ini buka bermakna Ilmu Tauhid cara Agama menjadi tempat kedua. Gandingan Tauhid Bukti, melalui Ilmu Sians, dan Tauhid Agama, yang akan melahirkan keimanan yang berdasarkan ilmu (tidak taklid). Ketiga-tiga Thermodynamic Laws merupakan tonggak yang mentauhid (mengesakan Allah) apabila kita lihat dari sudut yang betul. Malangnya kerana ia ditemui oleh Orang Barat, kita ketepikan isi kandungannya.

Enam tahap penciptaan

6. Dengan adanaya tahap pertama, yang dirangkumi oleh Quantum Sains, tahap-tahap yang di atas merupakan evolusi seterusnya. Dari QS terbentuklah PEN yang kemudian membantuk TOE, BCM, SLC dan akhirnya CLC, termasuklah kita yang berada di puncak kejadian dengan diberikan potensi yang terbaik (Ahsanul takwim). Tetapi kiranya potensi ini tidak dicungkil, dengan membudayakan Carakerja Allah, maka jadi sia-sia sahajalah apa yang dibekalkan itu. Malah sehingga ke asfala safilin.

6 Responses to SA64 The building block of life

  1. pak din 31 berkata:

    An-Naasi
    28/07/2010 at 9:55 am
    Assalamualaikum
    Sepanjang pengetahuan ana, kaedah2 fiqh banyak menggunakan common sense, yg berdasakan Al Quran dan Sunnah.
    British Common Law pun berdasarkan common sense berdasarkan ‘uruf dan paradigma mereka.
    Teknik2 dalam lateral thinking pun menjadikan common sense sebagai asasnya.
    Masalah timbul apabila manusia terlalu fokus kpd teknaliti dan tidak melihat secara keseluruhan sesuatu isu. Perincian mikro tanpa melihat aspek makro sesuatu isu akan membuatkan manusia tersepit dalam pemikirannya.
    Penyelesaiannya…. kembali kepada TUJUAN sesuatu itu dilakukan.
    Wallahu a’lam
    Reply

    pak din 31
    28/07/2010 at 11:29 am
    Cantik sekali jawapan yang diebrikan dan sangat berlandaskan kepada common sense.
    Malangnya dengan tahap pemikiran dan pendedahan yang berbeza, tidak hairan kalau jawapan An-Naasi berada di luar kotak common sense bagi sebahagian orang.
    Hidup adalah tentang perkembangan dan evolusi, bermakna berkembangnya pemikiran berkembanglah (sepatutnya) common sense.
    Fiqh pula hanyalah sebahagian dari lateral atau parallel thinking yang disesuaikan dengan kehndekah Syariah.
    Setuju Common law itu ialah common sense yang di bawa ke parliment untuk dijadikan akta negara
    Natijahnya, berfikirlah di luar kotak, untuk berkembang untuk selari dengan kehendak zaman dan perlu ada pembaharuan common sense, (kearah membudayakan Sunnah ALlah)

    http://saifulislam.com/?p=4725#comment-83100

  2. pak din 31 berkata:

    Researchers in the US have done what Albert Einstein thought was impossible – measure the instantaneous velocity of a particle undergoing Brownian motion. The measurements, performed on micron-sized suspended glass beads, prove directly that a Brownian particle’s kinetic energy is independent of its size, as is the case with atoms and molecules, and suggest a way of studying the quantum properties of macroscopic particles.
    In 1905 Einstein published a mathematical description of Brownian motion – the random movement of small particles held in a liquid or gas as a result of their continuous bombardment by the molecules in the fluid. This work cleared up earlier controversial studies of Brownian particles, which suggested that the particle’s velocity would approach infinity when measured over very short periods.
    By combining thermodynamics and statistical mechanics, Einstein showed that the displacement of a particle continuously subject to random collisions is proportional to the square root of time and not to time, as would be the case for a particle following an undisturbed, or “ballistic”, trajectory. The experimenters had therefore been measuring the wrong quantity – velocity in this case was not simply displacement divided by time.

    http://physicsworld.com/cws/article/news/42679

  3. [...] Antara yang dipaparkan ialah tentang four fundamental forces (FFF) dengan pembawanya photon (emf), graviton (gravity), gluon (strong) dan wz boson (weak). FFF ini pula [...]

  4. [...] habis USD 3 trillion) dapat membunuh Osama. Semuanya gara-gara teknologi nuclear yang melibatkan bahan terkecil bernama atom. Tanpa disedari ada senjata yang lebih berbahaya dari WMD, seperti kata seorang koprat Amerika, [...]

  5. [...] Dari Teori Fi Sittah, paling asas di dalam pembantukan makhluk ialah Kuasa/Tenaga/Tajjali (KTT) Allah ke Alam ini. Tahap pertama pembentukan Alam (makhluk) ialah transformasi KTT kepada [...]

  6. [...] jirim, jisim dan jauhar (matters) adalah terbentuk dari tenaga, seperti saya huraikan di dalam Konsep Fi Sittah … Segalanya yang ada di Alam Semesta terbentuk dari kehadiran TENAGA dan KUASA Allah yang [...]

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

Gravatar
WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.