Assalammualaikum semua pembaca,
Terima kasih kerana menyinggah di halaman saya.
1. Halaman ini masih terlalu jauh untuk dipanggil siap, tetapi yang diutamakan ialah penyuratan ilham-ilhan yang berlegar diingatan dari pandangan-pandangan yang saya buat.
2. Sudah tentu sudut pandangan berbeza dari individu ke individu yang lain. Mungkin pandangan dari sudut yang saya pilih terhalang oleh objek menyebabkan terdapat gerhana. Oleh itu pandangan-pandangan yang dikemukakan di halaman ini adalah pandangan peribadi, melainkan yang betul-betul jelas petikkannya dari sumber yang nyata.
3. Nak … petik, silakan! cuma tinggalkan alamat. Saya sangat mengalu-alukan pandangan dan teguran dari siapa sahaja demi memperbaiki blog ini. Saya dahului dengan ucapan terima kasih.
4. Semua comment di atas nama saya dan mempunyai alamat pautan di bawahnya, merupakan petikan dari web-web yang saya lawati. Saya tidak mengesyur atau menolak mana-mana pandangan dari web berkenaan, melainkan disebut secara terus. Lihat Bhg 2 Teori Darwin. Mulai 19hb Sep 07, saya tinggalkan nota seperti dibawah, di kebanyakan web yang dipetik.
“Assalammualaikum
Saya telah memetik sebahagian dari artikel anda
Terima kasih”
Assalamualaikum..
Pak Din, apa khabar?
Masih ingat pada saya…
Lama dah tak masuk SaifulIslam.com dll..atas kehendak Allah jua di mana saya telah jatuh sakit dan alhamdulillah..Allah telah memberi peluang kedua buat saya..rasanya seperti mati hidup semula..
Kisah hidup saya..Allah…saya redho atas takdir Allah..dan alhamdulillah apa yang dapat saya katakan di sini..saya belajar erti Iklas dan ehsan.
Di mana saya dapat merasakan, atas ikhlas kepada Allah dlm segala perbuatan. Alhamdulillah, segala yang terjadi kepada saya, setiap laluan di permudahkan oleh Allah.
Apa lagi yang ada pada kita selain Allah.
Saya kurang ilmu agama, yang ada cumalah sekeping hati yang mencari keredhoan Allah dan ingin kembali kepadanya seperti azali..
Salam ikhlas..tiru gaya Pak Din..
Salam Asmah
Selamat datang ke halaman saya. Satu kejutan yang baik (nice suprise, kata orang putih jasad … tapi hati tak tahu lagi). Terimalah seadanya dan itu sahaja yang saya dapat paparkan.
Bukan tidak boleh disedihkan kerana diuji dengan kesihatan yang kurang memuaskan, tetapi berpada-padalah kita menggunakan segala perasaan, termasuk marah, hiba, duka dsb. Yang penting adalah semuanya dimungkinkan oleh Allah dan kita mesti dapat mengawal penggunaannya.
Sama-samalah kita belajar mengenal Allah yang haq. Biar kita kata kita belum berjumpa dengan Allah dan berusaha mencari dan mengenalNya, daripada kira mengatakan kita telah berjumpa tetapi tidak berusaha atau meneruskan usaha mencari kebenaran kehadiranNya.
Jenguk-jenguklah selalu.
Terima Kasih atas nasihat Pak Din.
Benar! saya masih dan sedang belajar mengenal diri. Ujian demi ujian yang saya lalui sedikit sebanyak mendewasakan saya…dan membuatkan saya seperti telah putus harapan kepada makhluk..moga saya lebih berhati-hati antara emosi dan hakiki.
Benarlah firman Allah. “Aku melihat pada hati mu”.
Moga diberi kekuatan, tetap semangat jihad diri dan dilindungi Allah dari tersasar landasan.. la haula wala kuata illa billah.
Maaf..tak tau camne nak contact Pak Din..dan telah menggunakan laman ini utk kepentingan sendiri (sila delete lepas baca)..Saya amat memerlukan pendapat dan advise, jika Pak Din sudi membantu pls email to me. tks.
Salam Asmah,
Saya kira tak menjadi masaalah menjadi kepentingan siapa pun. Kalau dipadampun, kesannya masih ada di Buku yang akan kita perolehi nanti.
Terima kasih.
Saya menulis dengan dasar untuk melihat semula diri saya. Tidak semua dalam ruang saya ini adalah tulisan dan pemikiran sendiri namun terdapat pelbagai artikel dan percambahan idea asal dari penulis lain yang saya fikir ia baik untuk diri saya dan sekalian pembaca. Semoga mendapat manfaat.
http://fauzanibrahim.wordpress.com/about/
Umat Islam sejak sekian lama percaya terhadap kebenaran agama mereka, dan ketinggian pegangan hidup ini. Mereka mempunyai sandaran sejarah yang hebat dan meyakinkan. Namun semenjak sekurang-kurangnya kurun ke-12, Dunia Islam mengalami kejumudan dan gagal menghasilkan sesuatu yang signifikan kepada kehidupan manusia sejagat.
Inilah yang menjadi igauan umat Islam semasa berdepan dengan kuasa Barat. Mereka rasa kuat namun kekuatan itu tertanam di dalam sejarah. Hakikatnya mereka lemah. Bukan sahaja lemah malah keliru. Tidak hairan, ketika Napoleon Bonaparte dan saintisnya membuat demonstrasi uji kaji kimia di Mesir, ulama’ ketika itu teruja dan memberi komen, “sesungguhnya ini adalah sihir yang nyata!”
Dari http://saifulislam.com/?p=859
salam.ada tak sebarang hasil tulisan tuan yang berkaitan ihsan.kalau ada mohon dapatkan tq
maksudnya ..