Dengan kemenangan Sepanyol, yang menarik perhatian saya bukanlah bola sebiji yang dikejar ramai-ramai, tetapi Si Paul yang telah betul buat kali ke 7 berturut-turut. Satu kebarangkalian yang sangat sukar untuk dicapai. Jadi … Paul ajalah yang ‘main’ di World Cup 2014, supaya politikus tak kotor dan dapat bersatu.
Sementara itu, Mohd. Asri berpendapat, bersatu untuk menyokong sesebuah parti politik tidak membawa makna kecuali ia berasaskan visi perjuangan Islam tulen.
“Semangat perpaduan dan bersatu dalam konteks bangsa sahaja tidak menjamin perpaduan sebenar.
“Buktinya dapat dilihat apabila masih ramai umat Islam di dunia yang berpecah-belah dan tidak bersatu kerana tidak meletakkan asas perpaduan Islam,” katanya.
Bercakap pada sidang akhbar selepas itu, Mohd. Asri tidak menafikan bahawa Pas dan UMNO adalah parti Islam dan akidah mereka adalah akidah Islam.
Islam tulin tidak berjaya tanpa membudayakan Sunnah Allah dengan memahami CarakerjaNYa.

Dikirim oleh Pak Din 31 








