Darwin

Sebahagian dari petikan denga tajuk asal dari Ustaz Hasrizal, Saifulislam.com

‘Adam-adam’ Sebelum ADAM?
Aug 14th, 2007 by saifulislam

“Tapi saya rasa lecturer saya dapat yakinkan saya bahawa Teori Evolusi itu ada benarnya. Rasa resah betul masa dalam kelas”, kata Nazri, salah seorang pelajar yang mengikuti kursus bersama saya.

“Soalnya sekarang, apakah Teori Evolusi itu memang bertentangan dengan Islam? Apakah pendirian Islam terhadap Teori Darwin? 100% bertentangan atau bagaimana?”, saya bertanya kembali kepada beliau.

”Hmm, bab ni susah nak jawab”, katanya.

”Ustaz rasa, cabaran sekarang ialah, kita tidak boleh pukul rata. Kita kena bezakan di antara Charles Darwin, Darwinism, Neo-Darwinism, Social-Darwinism dan Teori Evolusi itu sendiri”, saya sekadar memberi cadangan.

Nazri mengangguk.

”Memang banyak bezanya. Tapi bila diterjemah kepada bahasa Melayu, semuanya dibakulkan jadi ’Teori Darwin’. Itu sahaja”, sambungnya.

”Itu masalahnya. Pada pandangan ustaz, sikap pukul rata penceramah-penceramah mencela Teori Darwin, akan mendatangkan masalah, khususnya kepada orang macam anta, yang ambil Biologi untuk peperiksaan A-Level. Ramai yang sangka Teori Darwin dan evolusinya…. 100% bertentangan dengan Islam”, saya meneruskan cerita.

”Hujah mereka mudah. Kalau percaya tentang Teori Darwin, maknanya kita percaya yang atuk nenek kita dulu ialah beruk! Itu sahaja”, Nazri menyokong.

Kami sama-sama termenung. Ia bukan isu yang mudah.

18 Responses to “Darwin”

  1. sharudin berkata:

    Atikel asal “Adam-adam sebelum Adam”
    http://saifulislam.com/?p=776

  2. sharudin berkata:

    hamba Allah yang melanggani kebenaran.Penganut pakej Islam, yang satu-satunya Kaaffatan!
    bersabar lah atas segala cercaan dan salah sangka
    Apa hang biaq hidup hang diagendakan oleh orang lain?
    menilai entiti kerana orang-orang didalam bukan halatuju entiti tersebut
    Inna Allaahu Ma’a As Sobiriin
    Leave them to say what they wish
    Man ana?

  3. shar berkata:

    Saya ajak peserta untuk melihat dan membandingkan Tauhid Rububiyyah dengan konsep Barat terhadap Nature. Merenung intipati Deism dari perspektif Tauhid Rububiyyah ini… agar implikasinya jatuh ke realiti, bukan hanya hafalan idea yang bakal menjadi muntahan otak yang sia-sia.

    Tauhid Uluhiyyah saya olahkan agar ia difahami sebagai pembetulan world view, bahawa kehidupan ini mesti Allah Centric. Buat apa sahaja, pilih apa sahaja, pertimbangannya adalah Allah. Maka Tauhid Uluhiyyah cepat teraplikasi dalam kehidupan di tempat belajar dan kerja, di dalam rumahtangga dan jiran tetangga.

    Tauhid Uluhiyyah juga menyelesaikan konflik Self Centered dan Social Centered yang membelenggu kehidupan manusia, apabila reference point masing-masing diangkat keluar dari lingkungan sesama manusia yang setaraf, kepada Absolute Truth di sisi Tuhan.

    Manakala Tauhid al-Asmaa’ wa al-Sifaat harus dipermudahkan cara memahaminya. Ia dapat mencegah usrah dari terjebak ke dalam diskusi perbalahan tentang ayat-ayat Mutasyabihaat yang meletihkan.

    http://saifulislam.com/?p=457

  4. shar berkata:

    However, by the term evolution, modern Darwinians mean something more. They argue that life on Earth is the product of the blind forces of nature and that there is no Creator worth speaking about. “Chance and necessity,” as the famous atheist Jacques Monod argued, is their substitute for a Creator.
    http://www.thewhitepath.com/archives/2006/09/akyolmatzke_debate_on_darwinism_vs_id.php

  5. shar berkata:

    Tetapi selepas membaca sendiri susur galur perkembangan Darwinisma dari sumber Eropah, saya dapat melihat dengan jelas, benih tumbuhnya idea ini. Bermula dari kajian datuk kepada Charles Darwin iaitu Erasmus Darwin yang telah menulis pada tahun 1794, Zoonomia (The Law of Organic Life), membawa kepada kajian Charles Darwin di dalam Origin of Species (1859) dan Descent of Man (1871), saya dapat melihat bahawa penjenayah terbesarnya adalah golongan yang datang kemudian. Bukannya Erasmus dan Charles itu sendiri. Golongan Social Darwinists adalah golongan yang bertanggungjawab memindahkan teori saintifik Charles Darwin kepada aspek sosial dan ekonomi, yang menjadi teras kepada Kolonialisma.
    Berlaku adil kepada kawan dan lawan, adalah prinsip tinggi di dalam Islam.

    http://saifulislam.com/?p=194

  6. Sumandak berkata:

    Assalamualaikum,

    Terima kasih atas lawatan ke blogs saya.

    Sekadar menambah
    World view = weltenschauung ( Perkataan dah ada dalam Kamus Dewan DBP dan luas digunakan dalam dunia penulisan Melayu. Maaf jika tersalah ejaan, kerana saya bukan penutur atau menulis dalam bahasa Jerman. )

    Persoalan Tauhid Rububiyah dan uluhiyah mengingatkan saya pada ungkapan Maulana Jalaluddin Rumi :
    ” Cahaya yang menyuluh tetap satu, walaupun lampunya telah menjadi berbeza-beza ( terang atau gelapnya lampu )”

    Pak Din dah baca novel Tuhan Manusia oleh Faisal Tehrani ?
    ( Oh ya, teori Pak Din dah saya selitkan dalam cerpen saya : Mencabik Mendung Di Langit Kelabu- saya siarkan di blogs saya untuk tatapan Pak Din. Mudah-mudahan ada feedback yang baik di situ. )

  7. Pak Din berkata:

    As salam

    Sdri seorang penulis? Semuga berjaya menserasikan fakta kepada fiction. Yang banyak pengaruh Belanda dan Jerman ini selalunya di Indosesia! Dua tahun di sana memberikan pengalaman yang sangat berguna buat saya dalam memahami gelagat manusia di Dunia ini.

    Saya kurang minat pada novel, melainkan ada unsur yang faktual atau sejarah. Maaf, entah kenapa … mungkin kerana terlalu banyak buku factual yang perlu dihadapi, menjadikan novel, yang selalunya fictional, tertolak ke tepi. Hanya novel ‘Saga’ tahun 80an dan ‘Robension Crosue’ yang saya ingat membacanya. Bukan memperkecil, tetapi tidak berdaya membaca semuanya.

  8. Ismi Nailofar berkata:

    Saya baru sahaja upload. Sila lihat. :-)

  9. Ismi Nailofar berkata:

    Saya baru perasan yang Pak Din ada hantar mesej terbaru. Terima Kasih.
    Setakat ini, memang saya seorang penulis bebas. terima kasih kembali atas doanya…

  10. Ismi Nailofar berkata:

    Novel Saga ditulis oleh pelopor teori persuratan baru, Mohd Affandi Hassan. Faisal tehrani telah menulis novel Tuhan Manusia dengan fakta dan wacana ilmiah yang menarik, sesuai dengan teori persuratan baru.
    Gelintar komentar tentang Tuhan Manusia menggunakan enjin carian, dan Pak Din pasti tergerak hati membacanya.

  11. Pak Din berkata:

    1. Dalam membahaskan dalil-dalil di atas, kita hendaklah mengikut kaedah dan usul al-Qur’an dan hadis yang betul. Dari segi matan (teks) al-Qur’an dan hadis yang dijadikan dalil tidak ada satu pun bukti bagaimana bentuk penghormatan atau salam diterangkan. Maka, di sinilah punca perselisihan di kalangan para ulama’. Di dalam tulisan Dr Mohd Asri sendiri tidak menyatakan bagaimanakah ucapan yang diharuskan untuk memberi dan menjawab salam bukan Islam. Kita ingin bertanya bagaimanakah bentuk dan caranya berdasarkan nas al-Qur’an dan hadis itu? Adakah ianya hanya ucapan ‘selamat pagi’ atau ‘selamat sejahtera’ dan adakah boleh kita memberi salam dengan kalimah assalamu ’alaikum, assalamu ‘alaikum warahmatullah atau assalamu ‘alaikum warahmatullahhi wabarakatuh’?

    2. Terdapat hadis-hadis yang menunjukkan larangan memberi dan menjawab salam kepada orang bukan Islam seperti berikut: –

    Pertama: Dari Abu Hurairah (radiallahua’anh) Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) bersabda yang maksudnya; “Janganlah memulakan ucapan salam kepada Yahudi dan Nasrani dan jika kamu bertemu dengan mereka di perjalanan, tolaklah mereka ke arah sudut yang sempit”. (Hadis Muslim)

    Kedua: Dari Qatadah, dari Anas bin Malik (radiallahua’anh) bahawa sahabat Nabi (sallallahu ‘alaihi wasallam) telah bertanya kepada baginda: “Bahawa ahli kitab (Yahudi dan Kristian) memberi salam kepada kami, maka bagaimana kami membalasnya? Baginda menjawab: Jawablah dengan ucapan wa’alaikum”. (Hadis Muslim, Abu Daud, an-Nasai dan Ibn Majah)

    Hadis di atas jelas menyatakan bahawa orang Islam tidak boleh memulakan salam kepada Yahudi, Kristian dan orang-orang Musyrikin. Ucapan salam menumbuhkan perasaan kasih sayang, tetapi berkasih sayang di antara orang kafir adalah dilarang sama sekali. Al-Qur’an menyebutkan bahawa, “Kamu tidak akan mendapati kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan RasulNya…” (al-Mujaadilah, ayat 22). Sebagai gantinya, ucapan yang menjadi kebiasaan boleh digunakan.

    Dari http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=22108&ez=2%20target=_top

  12. Pak Din berkata:

    http://www.imamrsc.com/v1/index.php?option=com_content&task=view&id=86&Itemid=34

    Kami ImamRSC.com mengalu-alukan ahli yang berbakat dalam bidang penulisan – sama ada dalam bentuk karya kreatif, blog mahupun artikel dan kajian-kajian ilmiah untuk menerbitkan karya anda di Laman Web ImamRSC.com ini!

    Untuk submit, anda boleh login ke ImamRSC.com dan ambil pilihan “Submit Article” di bahagian panel sebelah kiri anda! Ataupun anda juga boleh menghantar melalui emel di alamat This email address is being protected from spam bots, you need Javascript enabled to view it

  13. Mil berkata:

    What is evolution? It’s a simple question, but there are dozens of answers. Here is the first problem in the evolution/intelligent design debate—how to agree on the meaning of the terms.

    Evolution can mean something as simple as “change over time,” or it can be an all-encompassing explanation of the entire universe, as Sir Julian Huxley once postulated: “The earth was not created; it evolved. So did all the animals and plants that inhabit it, including our human selves, mind and soul as well as brain and body. So did religion” (The Humanist Frame, 1961, p. 18).

    As you can immediately see, the implications of what he said on our worldview and beliefs are enormous. This is why it is so important to establish the right definitions about the issue at hand. In Lewis Carroll’s Alice in Wonderland sequel Through the Looking Glass, the fantasy character Humpty-Dumpty said, “‘When I use a word, it means just what I choose it to mean—neither more nor less.’” So definitions can be very subjective—and sometimes deceptive.

    One of the deceptions used by many proponents of evolution is the “bait-and-switch” tactic. It begins with a simple, noncontroversial definition that can be agreed upon, and later the definition is switched to mean something quite different.

    Dari http://www.gnmagazine.org/issues/gn76/theory.htm

  14. Sha berkata:

    What about natural selection?

    After the fossil record, the second supporting pillar of evolution offered by Darwinists is natural selection, which they hoped biologists would confirm. “Just as the breeders selected those individuals best suited to the breeder’s needs to be the parents of the next generation,” explained British philosopher Tom Bethell, “so, Darwin argued, nature selected those organisms that were best fitted to survive the struggle for existence. In that way evolution would inevitably occur. And so there it was: a sort of improving machine inevitably at work in nature, ‘daily and hourly scrutinizing,’ Darwin wrote, ‘silently and insensibly working . . . at the improvement of each organic being.’

    “In this way, Darwin thought, one type of organism could be transformed into another—for instance, he suggested, bears into whales. So that was how we came to have horses and tigers and things—by natural selection” (“Darwin’s Mistake,”The Craft of Prose, Robert Woodward and Wendell Smith, editors, 1977, p. 309).

    Darwin saw natural selection as the major factor driving evolutionary change. But how has this second pillar of evolutionary theory fared since Darwin’s day? In truth, it has been quietly discarded by an increasing number of theorists among the scientific community.

    Darwin’s idea that the survival of the fittest would explain how species evolved has been relegated to a redundant, self-evident statement. Geneticist Conrad Waddington of Edinburgh University defines the fundamental problem of advocating natural selection as a proof of Darwinism: “Natural selection . . . turns out on closer inspection to be a tautology, a statement of an inevitable although previously unrecognized relation. It states that the fittest individuals in a population . . . will leave most offspring” (p. 310).

    In other words, the answer to the question of which are the fittest are those that survive, of course. And which ones survive? Why, naturally, the fittest. The problem is that circular reasoning doesn’t point to any independent criteria that can evaluate whether the theory is true.

    Dari http://www.gnmagazine.org/booklets/EV/complexity.htm

  15. Haf berkata:

    Theory of Evolution dan Asmaul Husna

    Dalam Surah 59:24, Allah swt berfirman,
    Dialah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Asmaaul Husna. Bertasbih kepadaNya apa yang di langit dan bumi. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

    Al-Khaliq – Maha Pencipta
    Al-Bari’ – Maha Penjadi
    Al-Musawwir – Maha Pembentuk Rupa

    Teori evolusi menyatakan bahawa evolusi adalah proses perubahan dalam trait yang diwarisi dalam sesebuah populasi organism dari satu generasi ke generasi yang lain.

    Dalam surah 24:45, Allah menyebut,
    Dan Allah telah menciptakan semua jenis hewan dari air…

    Maka tidaklah mustahil bagi Allah untuk evolution itu berlaku kerana antara nama-nama Allah itu adalah Al-Musawwir, Maha Pengevolusi/Pembentuk Rupa

    Dari http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=98&thread_id=1772&pid=27735#post_27735

  16. eida berkata:

    bla blaja dlm kelas, kdg2 teori ni mcm btul..tp kalo nk cya memg susah..darwin bkn org first yg ckp sal teori evolusi..org first ialah lamarck..darwin cuma mengembangkn lagi idea lamarck bla die merantau dengn HMS Beagle..

    • Pak Din 31 berkata:

      Sampai juga mengembara di sini … Terima kasih

      Setuju tu, bukan idea dia seorang sahaja. Itulah yang dinamakan evolusi. Banyak teori sains difahami secara sedikit demi sedikit. Setiap orang memberi nilai tambah, sehinggalah menjadi kepada sesuatu yang menjelaskan yang haq.

      Kalau betul-betul berminat dengan teori sains … jenguklah lagi!

Tinggalkan Jawapan