Makan

1. Jalan-jalan cari makan. Kata-kata yang selalui di dengar di TV3, bagi yang minat tenguk TV. Tapi makan saya ni, bukan makan Melayu, tapi bahasa Arab, yang bermakna tempat. Jadi Makan ini akan dikhususkan untuk mengimbas kembali tempat-tempat yang terdapat langit dijunjung dan bumi dipijak, yang telah dilawati.

2. Saya lahir di Singapura kerana ayah bertugas di sana, Pulau Bukom (sekarang tempat simpan emas hitam sahaja). Balik ke kampung di Parit Sulong, Batu Pahat, bila berumur 2 tahun, menurut ceritanya. Maka belajarlah menghirup nitrogen, oxygen di kampung sehingga ke tingkatan 3, masuk tingkatan 4 mula merantau (tidak tinggal dengan ibubapa) Sek Teknik Melaka, tak ada asrama duduk luar sekolah setahun.

3. Lepas tingkatan 5, ke Darlington setahun kemudian ke Salford 3 tahun dan balik, duduk kampung sekejap, sebelum, seperti orang lain, semua berebut nak ke KL. Bekerja 15 tahun di KL dapat syarikat bagus, jalan sana sini, termasuklah menetap lama di Vancouver, di Medan, Indonesia dan kemudian di Bangladesh, sebelum pencen awal duduk rumah di KL.

4. Maka ruangan ini khusus unutk mengimbas kembali bumi-bumi Allah yang telah dijejaki. Terima kasih kepada syarikat-syarikat yang telah menghabiskan wang untuk membolehkan saya mengembara melihat telatah manusia kaya dan miskin. Makan cheese dan makan ubi (yang makan kulit pisang pun ada). Dan macam-macam lagi. Dikenang buat memahami lagi carakerja Allah.

5. Allah tidak menyediakan dunia yang hanya seronok sahaja (kesempurnaan) bagi manusia. Keadilan Dia adalah pada mahlukNya. Dari kiraan bilangan, kita manusia terlalu sedikit berbandingan dengan mahluk lain. Jadi kesempurnaan kehidupan bukan pada manusia tapi pada mahluk keseluruhan, walaupun manusia diberikan sesuatu yang paling berharga.

6. Ada yang berpendapat, kalau Tuhan ada, kenapa dunia huru-hara, kucar-kacir dan sebagainya?. Inilah mereka yang selalu mengatakan yang baik dari Allah dan yang jahat dari syaitan. Kedua-duanya dari Allah. Seperti di bincang dalam Bhg 1, Allah hanya perlu mengadakan yang baik sahaja. Ketiadaan baik yang menyebabkan kejahatan. Syaitan tak punya kekuatan nak menjadikan kejahatan. Dia hanya dizinkan untuk menggoda manusia sahaja.

7. Jadi berada di pelbagai tempat ini (dari yang terlalu miskin dan yang terlalu kaya) memberikan pandangan meluas untuk memahami kehidupan. Itupun kalau kita menggunakan akal untuk memikirkannya. Pengembaraan yang telah dilalui memberikan erti kepada memmahami roh, jiwa dan jasad. Hanya menunggu hari perpindahan bagi melalui pengembaraan seterusnya. Sudah pasti menyeronokkan.

23 Responses to Makan

  1. shar berkata:

    Imam Shafie rahmatullahi ‘alaih telah berkata benar dengan kata-katanya tentang faedah bermusafir. Beliau menyatakan: “Bermusafirlah kamu, kamu akan bertemu ganti dengan orang yang kamu tinggalkan. Hendaklah kamu berpenat-penat kerana sesungguhnya kelazatan hidup itu adalah di dalam berpenat-penat.”
    http://muhtarsuhaili.wordpress.com/2007/02/19/catatan-kembara-muhandis-ke-venice-itali/

  2. shar berkata:

    Drj 1-6 66-71
    Tkt R-3 72-75
    Tkt 4-5 76-77
    A Level 78-79
    BSc Hon 79-82 17t belajar
    JTM Sel 82-83
    Schlumb 83-84
    Sapura 84-95
    Sheba 96-98 17t kerja
    Mabura 98-07

  3. shar berkata:

    1. Semada akhir zaman konfrontasi dengan Indonesia, aku sedang belajar di Sek Keb Pt Sulong 2, 700m dari rumah. Masih ingat suatu ketika balik dari sekolah beberapa truck askar Australia (Allied forces yang membantu Malaysia) berhenti rehat di kawasan kebun berhampiran rumah, antara sekolah dan rumah. Budak darjah 1, minatnya berlari ke sana sini dan begitulah juganya apabila pulang ke rumah berlumba sesama jiran. Sampai di rumah ayah membertahu, lain kali jangan berlari, takut-takut disangka sebagai kominis oleh askar yang bertugas.

    2. Parit Sulong baru-baru ini dikunjungi oleh vateren-veteran perang yang terselamat semasa pembunuhan di jambatan Parti Sulong . Kebanyakan mereka dari Australia dan Britain. Tidak juga ketingalan askar-askar upan Britain dari Nepal, yang bergelar Gurka. Mengikut ceritanya kadang=kadang Gurka ini lebih sudu dari kuah kerana ketaannya kepada yang memberikan mereka pekerjaan. Muar, yang terletak kira-kira 20km dari Parit Sulong juga terkenal dengan pertempuran hebat semasa perang Dunia ke 2.

    3. Penduduk sekitar Parit Sulong tidak terlepas dari kekejaman tentera Jepun. Ramai juga penduduk kampung yang dipaksa berkerja membena landasan keretapi di Utara tanah air sehinggalah ke Burma. Ayah yang ketika itu sekitar 20an, bernasib baik hanya di penjara oleh tentera Jepun, tetapi beberapa orang jiran menjadi korban menjadi buruh paksaaan tentera Jepun. Kehidupan tersangat susah ketika pemerintahaan Jepun dengan wang kertas pisang yang dikeluarkan oleh pehak Jepun tidak memberikan erti kepada penduduk kampung.

    4. Selepas kekalahan Jepun, dengan meletupnya bom atom di Hiroshima dan Nagasaki, Malaysia di perintah oleh British Military Administration kemudian Malayan Union, sebelum beberapa parti politik tempatan mengambil alih. Pergerakan anti-Jepun membabitkan penglibatan kominis dan beberapa pegerakan yang dipengaruhi oleh Indonesia. Sekitar tahun 50an, seluruh kampung Jenderam dipindahkan bagi mengekang penglibatan penduduk tempatan dalam kegiatan anti-kerajaan pada masa itu. Ayah bertugas di salah satu kem tahan kelolaan British yang terletak di Kluang.

    5. Dengan kepesatan pembangunan Singapura selepas perang, ayah dan ramai penduduk kampung merantau ke Singapura. Dengan keboleh bercakap Inggeris, belajar semasa di kem Kluang, ayah mendapat pekerjaan sebagai Polis Tambahan sebuah syarikat minyak di Pulau Bukom. Setelah beberapa tahun bekerja, dia menamatkan zaman bujang dan berkhawin pada tahun 1956. Saya dilahirkan di Pulau Bukom pada 1959. Dengan pergolakkan Malaysia-Singapura, tahun 1964, ayah pulang ke Malaysia dan menetap di Parit Sulong. Sebagai penoreh getah kehidupan sangat daif dengan lapan orang anak unutk dibesarkan.

  4. shar berkata:

    6. Bersekolah di sekolah kampung yang sangat daif ketika itu sehingga ke Darjah 4. Darjah 5 dan 6 bersekolah di pekan Parit Sulong, 5km dari rumah dengan menaiki basikal untuk ke sekolah dari subuh hingga magrib (sekolah kebangsaan dan sekolah agama). Makan tengahari membawa bekal dan makan bersama kawan-kawan. Sekali-sekala ternampak tongkang membawa bijih besi melalui sungai Simpang Kiri yang menyempadani sekolah.

    7. Satu hari semasa balik dari sekolah tamabahan hari Sabtu, ditengah panas terik matahari, terjatuh dari basikal, entah sebab kepenatan atau apa, berbekaslah luka yang parut tak kan hilang di lengan tangan kanan. Tempat berlaku kejadian beberapa meter dari kemalangan yang menimpa datuk saya ketika berbasikal juga, ayng membawa kepada kematiannya, sewaktu emak saya dalam hari melahirkan saya di Pulau Bukom. Al Fatehah buat atuk, yang ketika itu tidaklah begitu tua.

    8. Kesempitan hidup dan keperluan persekolahan memaksa keluarga tinggal berasingan. Emak dan 3 orang anaknya yang sudah sekolah menengah pindah ke bandar Batu Pahat. Begitu gigih emak berkerja mengambil upah membasuh kain di rumah orang. Sedih benar mengingatkannya, sehari suntuk bekerja dapatlah RM150. Bagi membantu keluarga saya dan abang bekerja menghantar surat kahabar. Begitulah routine harian subuh mula menghantar suratkabar sebelum petang ke sekolah menengah. Perniagaan terpaksa diberi kepada orang lain selepas 4 tahun membenanya kerana berpindah ke sekolah di Melaka. Abang saya terus ke Navy.

    9. Selama di Batu Pahat saya berkecimpung dengan kumpulan Tabliq yang markasnya di sebuah surau beberapa meter dari bilik sewaan kepunyaan keturunan diraja Johor. Sungguh baik tuan rumah yang saya panggil Mak Engku, melayan kami sebagai sebahagian keluarga walaupun menyewa salah sebuah bilik di rumahnya. Membesarlah dengan fahaman Tabliq sambil melayan kenakalan membesar dengan kawan-kawan remaja di sebuah bandar yang agak sederhana besar. Ke sana sini dengan basikal sehinggalah untuk ke kampung kira-kira 15km yang mengambil masa 1 jam untuk sampai.

    10. Minat saya terhadap sains bermula di sini dan pada usia awal belasan itu, saya melanggan Scientifik American. Masa itu hanya tahu duit Malaysia sahaja, jadi jumpa kerataan majalah unutk melanggan yang memerlukan bayaran dalam USD. Saya poskan duit Malaysia ke USA, kerana kesian agaknya mereka bagi majalah. Dah rezeki. Menjadi sekali saya buat sekali lagi untuk sebuah majalah di UK. Mereka hantar beberapa sample dan pos balik wang saya. Geli hati pun ada bila mengingatkannya kemabali.

  5. shar berkata:

    11. Tingkatan 4 dan 5 besekolah di Melaka. Hasrat hendak mengambil kursus Elektrikal, tak ada, maka ambillah kursus Makenikal. Diberi rezeki menjadi pelajar berpotensi, memberikan peluang untuk saya banyak berpersatuan. Atas galakan guru kelas, yang aktif memperjuangkan nasib Melayu melalui GPMS dan memegang AJK pusat, maka turun-naiklah saya bersama dia ke KL setiap kali ada aktibiti. Di sekolah guru ini membimbing saya berpersatuan, sehinggakan 6 jawatan setiausaha saya sandang pada satu masa.

    12. Di asrama pula warden asrama adalah seorang ustaz. Melihatkan saya begitu sebuk dengan kegiatan GPMS, dia juga mengambil peluang mendedahkan saya kepada persatuan, Maka dengan warden asrama, saya terlibat pula dengan kegiatan-kegiatan ABIM. Aktibiti seluruh Melaka giat berjalan dengan sekali-kala keluar ke KL dan tempat lain. Ketika itu ABIM sedang berkobar-kobar mengeluarkan Anwar Ibrahim dari penahanan. Usrah ke sana dan ke sini bersama ustaz dan tiada siapa yang berani menyentuh saya di asrama kerana hubungan rapat dengannya.

    13. Saru peristiwa yang paling tidak dapat dilupakan ialah terselamat dari kemalangan semasa saya dan ustaz dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk aktibiti ABIM. Mungkin kerana kepenatan ustaz, entah macamana kereta yang kami naiki berpusing tak terkawal. Memang sangat baik nasib kami kerana tiada kenderaan mengikut atau menentang arus kami ketika itu. Kalau tidak sudah tentu parah keadaannya. Saya tertidur semasa itu. Maklumlah kami pergi selepas aktibiti sekolah dijalankan dan dalam keadaan panas terik. Ustaz melihat peristiwa itu sebagai amaran kepadanya dan tidak meneruskan perjalanan ke KL.

    14. Secara resminya di Melaka, saya juga dilantik menjadi setiausaha Gabungan Persatuan Agama Islam Sekolah-sekolah Melaka. Aktiviti antara sekolah dipupuk sebagai satu cara merapatkan hubungan kekeluargaan sesama pelajar. Maka bersama guru bertugas, sibuklah saya dengan bermacam persiapan termasuklah semua lapuran mesyuarat yang perlu ditulis dan ditaip sendiri. Bila ada waktu lapang dan banyak juga waktu sekolah, menaiplah saya menggunakan kemudahaan peralatan pejabat sekolah dan membuat stensil copy sendiri.

    15. Pelajaran dan ujian berljalan seperti biasa. Dengan ujian yang sentiasa OK saya dibenarkan terus menjalani aktiviti, tanpa bantahan dari mana-mana guru. Sehinggakan saya mendapat satu bilik khas di sekolah untuk menjalankan aktiviti tanpa gangguan. Di bilik darjah, saya memang selalu di rujuk kawan yang kurang paham, terutama add math, matapelajaran kegemaran saya, untuk menunjukkan cara yang terbaik menyelesaikan sesuatu masaalah mathematik.

    • Pak Din 31 berkata:

      Emak cerita, pernah hantar Rm 15 untuk yuran melalui pos, tapi tak sampai. Bapak akhirnya naik motor ke SMTM dan dalam perjalanan pulang motor rosak di Parit Sulong, nasib baik. Bapak beli motor baru, yang sampai sekarang masih dia gunakan ie 30y +.

      Tahun kedua di SMTM saya terpaksa duduk bersama Atok dan Mak Nya, rumah dihadapan SMTM. Saya ingat bayarannya Rm 60 sebulan, tempat itnggal dan makan. Keluarga angkat ini masih saya kunjungi sehingga hari ini, walaupun Atuk dan Nya sudah pergi lama.

      • Pak Din 32 berkata:

        “Ada orang beranggapan, tanpa Anwar habislah ABIM,” katanya sambil memberitahu andaian itu tidak pernah menjadi kenyataan.

        Dengan nada membela diri, beliau menjelaskan, penyertaannya ke dalam Umno pada masa itu bukan bertujuan “mengukuhkan amalan fitnah, penindasan dan rasuah”.

        Sebaliknya, tambah Anwar, bagi menerapkan nilai-nilai Islam dalam pemerintahan.

        http://www.malaysiakini.com/news/164140

  6. shar berkata:

    16. Saya sempat menyelesaikan tugas-tugas berpersatuan kerana saya kaki bangku. Bagi apa saja permainan, saya pasti dapat nombor terakhir. Jadi waktu yang dimestikan untuk sukan juga saya habiskan dengan menyiapkan pelbagai lapuran persatuan. Guru sukan memang dah tahu di mana saya waktu sukan. Sudah pasti tiada di padang. Dalam penyertaan merentas desa yang dimestikan kepada semua pelajar, saya tidak dapat menghabiskan laluan yang ditetapkan, walaupun sebelum itu saya aktif berbasikal ke sana dan ke sini.

    17. Dengan kecemerlangan pelajaran dan persatuan, gurubesar telah mencalunkan saya untuk menerima hadiah murid cemerlang tajaan sebuah syarikat swasta. Pergilah saya dan gurubesar menghadiri majlis mewakili pelajar dari Melaka bersama-sama anaknya, yang menjadi senior saya di sekolah berkenaan. Saya ingat benar ketika itu, kami pergi ke KFC yang baru menapak di KL, untuk mengnikmati hidangan. Sebagi seorang pelajar kampung, saya tidak dapat merasakan kenikmatan hidangan KFC ketika itu. Masih jauh lebih sedap masakan kampung.

    18.

  7. husna berkata:

    assalamualaikum.menarik sungguh kisah hidup .

  8. shar berkata:

    Salam Husna
    Terima kasih menyinggah. Dah lupa alamat web anda. Sambungan akan datang kemudian
    Terima kasih

  9. adros berkata:

    Salam… Bro Shar,
    Today 25-Nov-07, family of mine has again moved back to KL. Next year Izat & Hashemi will be schooling at SMK Cyberjaya as planned. InsyaAllah.

  10. shar berkata:

    Tahniah atas ‘penyatuan’ keluarga! Alamat? All the best and may Allah bless us.

  11. Adros berkata:

    Addr: Blok B, House #2, Tingkat 4, Pangsapuri Mawar Jaya, Jalan KP 4/6, Kota Perdana, Bandar Putra Permai, 43300 Sri Kembangan. [same area as I used to rent before - year 2005].
    Boleh access melalui SKVE towards Putrajaya/Cyberjaya. Take UPM Exit on KL Seremban HW. End of SKVE you will see sign to Puchong [LDP]. Follow the ‘circle’ road down… Keep left & look for Exit 1132. Traffic Light trun ‘right’. Can start call me?

  12. Pak Din berkata:

    This in-depth study discusses the origin of evil and the evolution of how humanity perceived it through time.

    A Hindu temple in Malaysia. Picture © Readingislam.com

    At about the beginning of the Christian era, the social institution of caste, the rationalization of which was foreshadowed in Vedic literature as early as in Purusha Sukta of the Rig Veda (10:90:11-12), had been developed and was firmly established.

    It reads thus: “When they divided the Purusha, into how many parts did they arrange him? What was his mouth? What were his two arms? What are his thighs and feet called? The Brahmin was his mouth; his two arms were made of the rajanya (warrior), his two thighs the Vaishyas (tradesr and farmers), from his feet the shudra (servile class) was born.” (Radhakrishnan and Moore, 19)

    With two millennia of development, it is still the basic feature of Hindu social structure. The author of the Laws of Manu supports the divine origin of caste as found in the Rig Veda.

    After describing how Brahma, the creator of the world, was born in a golden egg, Manu says, in 1:87 “But in order to protect this universe He, the most resplendent one, assigned separate (duties and) occupation to those who sprang from his mouth, arms, thighs, and feet.” (The Laws of Manu, 24)

    Dari http://www.readingislam.com/servlet/Satellite?c=Article_C&cid=1212925466181&pagename=Zone-English-Discover_Islam%2FDIELayout

  13. Min berkata:

    Bila aku dah belajar kat IPT, aku kalau buat assignment berkaitan dengan subject UH* (budak2 UTM faham kot) aku selalu membuat rujukan kepada kitab Mathlaul Badrain – Satu kitab yang menjadi “kitab teks” kitorang sejak darjah 3 sampai darjah 6 sekolah agama.

    Sekarang ni, kitab2 aku tu ntah ke mana perginya. Kadang-kadang terasa rindu yang amat nak merujuk kat kitab-kitab tu terutamanya kitab TAUHID. Antara yang aku ingat serba sedikit tentang TAUHID adalah tuntutan kalimah “Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Nabi Muhammad itu pesuruh Allah”

    Dalam bahagian terakhir kitab Tauhid tu kalau tak silap aku, Kalimah LailahaillAllah sepatutnya membuatkan pelajar teringatkan 20 sifat yang wajib bagi Allah dan lawannya 20 sifat mustahil dan juga satu sifat yang harus bagi Allah. 20+20+1 = 41.

    Dari http://perswis.blogdrive.com/archive/cm-11_cy-2007_m-11_d-16_y-2007_o-35.html

  14. Adros berkata:

    perswis ni mesti orng selatan semenanjung..? dulu kita orng pun sekolah ugama (sebelah petang) di bt pahat johor guna kitab yang sama..

  15. [...] Perbelanjaan berdasarkan data 98-07 (10 tahun) Tempuh belajar dan bekerja. [...]

  16. [...] Balik sahaja Bapak dari Asrama SMTM, selepas menghantar saya dengan motosikalnya, bertukarlah segalanya. Senior yang tadinya lembut [...]

  17. [...] Sebagai pengakhir celoteh, sedikit pengalam saya. Tkt 4 & 5 saya bersekolah asrama arus perdana, kerana tak jumpa yang lain. 6 jawatan setiausaha persatuan [...]

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

Gravatar
WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.