Permata999

1. Permata999 adalah kelas yang saya kendalikan untuk anak-anak saya bagi membudayakan Al Quran. Kelas yang dimulakan dengan Solat Magrib berjemaah ini berakhir dengan Solat Isya’. Permata adalah lambang kepada 5 orang anak-anak saya, sulung dan bungsu lelaki mengapit 3 perempuan di tengah-tengah. Dikendalikan setiap hari melainkan hari Rabu dan cuti-cuti kecemsan. 999 (3 tahun) adalah jumlah minima hari yang dianggarkan untuk peringkat asas. Menjelang Merdeka 50 ini, akan berlalu tahun pertama Program Permata999.

2. Pada hari pertama penulisan blog program Permata999 melepasi Hari 315 dengan Kisah nabi-nabi

3. Mulai dari penulisan ini, saya akan membuat ringkasan berdasarkan nota-nota harian yang telah dibuat selama ini. Tak pasti samasa pencarian boleh dibuat oleh engine ini … kalau ada akan memudahkan pencarian pada masa akan datang.

27 Respons bagi “Permata999”

  1. Maryam Berkata:

    Akhi,

    Please share with everyone on this more.

    Need some input on how to make our kids love Quran.

  2. sharudin Berkata:

    Assalammualaikum ukhti Maryam dan pembaca

    Terima kasih kerana melawat. Saya kemukakan DARWIN21 untuk perbincangan

    Terima kasih.

  3. sharudin Berkata:

    Apa yang dilakukan semasa Permata999

    1. Membaca beramai-ramai ayat-ayat yang berkenaan. Selalunya satu tajuk (dua muka surat Al-Quran dari Raja Fahd).
    2. Seorang membaca terjemahan Melayunya.
    3. Dah habis satu tajuk, baca nota-kaki sekiranya ada.
    4. Isteri saya membaca huraian dari siri yang pernah keudara di RTM satu ketika dahulu.
    5. Saya membuat huraian lanjut.
    6. Sessi soal-jawab jika ada.
    7. Mula dan akhir dengan doa dan Solat.

  4. Adros Berkata:

    Salam Yaa Akhie,
    Kali pertama ‘berkunjung’ ke laman ini. Tahniah sekali lagi diatas kemunculan blog ini. Didoakan moga sentiasa dlm keberkatan.

  5. sharudin Berkata:

    Salam
    Tolong beri feedbak every now and then, and I can create a blog for you and help to maintain or you can write on mine.
    Thanks

  6. sharudin Berkata:

    PERMATA is one of the two training units of PETRONAS Management Training Sdn Bhd (PMTSB), which is a wholly owned subsidiary of PETRONAS incorporated on 19 March 1992. It provides mainly management training programmes and courses.
    http://www.petronas.com.my/internet/corp/centralrep2.nsf/59a437a8f6fb7f2948256aa800418c97/c5bd93d4dcb5e5ff48256a99005de710?OpenDocument

  7. sharudin Berkata:

    Aliran means Trend while Permata means Precious. This aptly describes the current state of information technology. It is a never ending trend, a never ending evolution, and it is too precious to our survival.
    http://www.apic.com.my/

  8. sharudin Berkata:

    Salam Ukhti Maryam dan semua

    1. Setiap hujung minggu, kelas mengulang bacaan-bacaan solat, doa-doa, zikir-zikit dan surah-surah pendek, yang digunakan semasa solat. Solat itu adalah puji dan pinta, 2 komponent utama. Membudayakan solat bermakna kita mesti tahu apa yang kita katakan dalam solat.

    2. Saya memberikan lebih penekanan kepada faham kepada ayat yang dibaca daripada tajwid. Maaf, serupa orang Itali atau Prancis cakap Inggeris. Dia faham apa yang dicakap tapi kadang-kadang pronuouncationnya berterabur. Bukan dipinggirkan tajwid, tapi prioriti adalah memahami apa petunjuk yang dismpaikan.

    3. Kalau solat tak faham makna, kita tidak dapat menghidupkannya. Ibadah yang tidak hidup, tidak menyampaikan kita kepada tujuan ibadah itu dikerjakan.

    Terima kasih

  9. shiha Berkata:

    Salam ukhwah saudara sharudin :)

    Sebenarnya dah lama jugak menjejak kaki ke blog ni, cuma tak tinggalkan kesan. Tapi ni first time bukak entry permata999. Sesuatu yang dah lama saya plan nak buat kat anak2 sendiri. Tapi, alangkah indahnya kalau suami saya pun ada inisiatif yang sama. Sebab, bagi saya, walaupun ibu adalah pendidik terbaik di rumah, tapi bapa mempunyai peranan yang lebih penting dalam menjaga akidah dan tauhid anak – anak. Salah satu caranya, dengan tazkirah in between Maghrib dan Isya. Oklah put that aside.

    Menarik hati bila membaca silibus yg saudara Sharudin sediakan utk sesi tazkirah ni.. boleh saya aplikasikan skali. Tp my kids yg sulung baru umur 5 tahun. I wonder, when did you start yours? I mean, waktu your kids umur berapa?

    Apart from that, one of my aim is to teach them to know Nabi Muhammad saw. To know and to love him as our prophet. To let them familiarize dengan sunnah – sunnah nabi, sifat – sifat nabi, dan cuba diamalkan sifat – sifat mulia itu. Contohnya, ceritakan kisah Nabi (level budak – budak kecik ni la), then try kaitkan dengan our own life. Camana nak jadi penyabar cam Nabi dan sebagainya. Hm.. sekadar berkongsi pendapat.

    So far, tak start lagi project ni. Reason being, saya still dalam peringkat nak ajar anak solat. Kena lepas yang itu dulu. That is why I asked you, when did you started this?
    Terima kasih dan wasalam.

  10. shar Berkata:

    Terima kasih ukhti Shiha

    1. Saya tahu memang ada beberapa pengunjung setia yang datang walaupun tanpa meninggalkan kesan. Terima kasih banyak-banyak pada semua yang melawat. Sebenarnya blog saya ni lebih pada meluah perasaan sendiri (bagi lega) dari bertujuan untuk memberitahu seseorang.

    2. Anak saya sulong 21 tahun dan bungsu 9 tahun. Bermula dari yang bungsu masih dalam kandungan saya memulakan dengan kelas, iaitu dah hampir 10 tahun. Pasa mulanya, ceritalah apa sahaja. Anak masih sekolah rendah, segalanya boleh terima. Macam sembang-sembang biasa, cuma dah terbiasa dengan mesyuarat resmi di tempat kerja, saya gemar meresmikan waktu bercerita, dari bercerita setiap masa. Yang setiap masa tu tugas ibu dia.

    3. Permata 999 secara rasminya bermula hanya setahun lalu, iaitu memandangkan sebelum itu, tidak merujuk tajuk-tajuk yang tertentu, ayat-ayat Al Quran dan rujukan di ambil secara rawak. Ikut apa terlintas di kepala. Tapi setelah anak-anak semangkin membesar, saya ingin menerapkan bahawa segala ilmu dan tindakan perlu berlandaskan Allah, Al Quran, Kitab, Rasul dan Agama.

    4. Dengan siri Permata ini, tiada ayat yang tidak disentuh, iaitu secara turutan mengikut Al Quran. Sekarang ni baru mula Juzuk 13 dengan Surah Yusuf. Walaupun surah ini, sebagai contoh, hanyalah cerita, banyak sains dan tindakan rational yang dapat di ceduk darinya, sekiranya kita betul-betul fikirkan.

    5. Penekanan kepada sains sangat saya utamakan. Saya tidak hendak overlap dengan silibus sekolah, sebaik mungkin. Silibus sekolah (ugama dan kebangsaan) sangat baik unutk asas resmi dan sangat menentukan sijil yang akan diperolehi (penting ni). Yang saya ingin tekankan ialah menserasikan agama dan sains, kerana itu yang saya rasa sangat terpisah di dalam masyarakat kita.

    6. Saya sebenarnya secara peribadi banyak belajar dari mengajar anak-anak. Itu yang membuat saya bersemangat mengajar mereka. Saya nak lihat bagaimana kesan pengajaran, mengangkat pemikiran anak ke tahap tinggi, berbandinga merendahkan pemikiran kita ke tahap mereka. Jadi sedikit sebanyak merupakan ujian juga mereka ni, termasuklah saya. Memang ada risikonya, tetapi keterbukaan yang penting. Memastikan penggunaan akal rational dari peringkat awal lagi.

    7. Saya prefer, mengajar mereka dengan konsep Rasul dan Nabi (124,000 semuanya), bukan Nabi Muhammad sahaja. Maaf bukan tak memuliakan tapi tak nak sampai konsep mendewa tertinggal dipemikiran mereka. Dan solah itu sebagai puji dan pinta (bukan puji dan puja). Ketuhanaan jauh lebih penting dari ritual, walaupun saya tahu, di peringkat muda mereka perlu latihan routine, bukan kenapa?.

    8. Sebagai Dr, ukhti pasti faham sifat semulajdi manusia. Sebagai anak-anak tidak kurang ramainya yang bersifat creative, ingin tahu, kenapa, mengapa, dan sebagainya. Nak open minded dengan mereka tetapi nak ajar ‘kebebasan dengan tanggungjawab’ itu yang paling susah. Nak ajar suruh ikut saja, sebenarnya jauh lebih senang. Pasal kita ibubapa, the authority. Nak ajar pekara serious dalam ketawa. Faktur keturunan, kena banya diambilkira. Saya percaya kepada gene dan setiap indivudu, tak kurang 128 orang (dalam 7 keturunan) yang terlibat dalam membentuknya (genetically).

    9. Saya kira yang paling penting, kebolehan kita beradaptasi kepada suasana persekitaran. Sekilas pemikiran anak-anak ke kiri, kita tarik ke kanan dan sebaliknya. Pentingnya biarkan berlaku kebebasan pemikiran, tetapi kita lihat sejauh mana mereka boleh pergi dan boleh kembali mendapatkan jalan pulang ke landasan. Sebab itu saya sangat terkilan dengan Muslim yang tak setuju dengan evolusi, kerana banyak pelajaran dalam teori tersebut.

    10. Cuba sahaja dari mana pun. Kehidupan ini dalam bulatan. Setiap bulatan mesti ada peningkatan. Salah pertama tak mengapa. Menyedari kesalahan dan bertindak memperbetulkannya itu yang penting. Sebab itu selalu saya tekankan kehidupan seperti spirial staircase. Sudah pasti cabarannya banyak. Memang mudah mengatakan jadikan ujian sebagai hobi, tapi saya sendiri rasa merasai keletihan yang amat sangat.

  11. Adros-Cyberjaya Berkata:

    Salam..
    Bro Shar,
    Radio IKIM, setiap hari (kalau x silap), jam 7:30 mlm ada menyiarkan ruangan ‘Tafsir Ql-Quraan’ oleh Pensyarah UIAM Utz Hj Zahzan Mohammad utk jangka waktu kurang lebih – 20 min… Menarik!!
    Elok kiranya bro boleh explore sendiri dan di perdengarkan di session ‘Permata 999′.

    Syukran.

  12. sharudin Berkata:

    OK Thanks for info

  13. dhuat79 Berkata:

    Saya adalah pengunjung juga :) walaupun jarang-jarang.

    Saya doakan Sharudin dan keluarga bahagia dunia akhirat.

  14. shar Berkata:

    Terima kasih, semoga kita sama-sama diberikan kebahagian dunia dan akhirat. Datanglah selalu kalau tak menulispun.

  15. shiha Berkata:

    Assalamualaikum Pak Din

    #32 Pak_Din Says:
    February 16th, 2008 at 4:14 am

    Hi Shiha .. teruskan dengan perjuangan asas! Betul ke susu ibu tak tidak menurunkan bahan-bahan genetik kepada anak? … sebagaiman sebuah rumah baru itu akan ‘diwarnai’ penghuni barunya? atau sebagaimana minda baru seseorang anak itu diwarnai oleh perlakuan penjaganya? Yes or no, 99 or less words verson will do.

    Frankly speaking, soalan Pak Din mencabar minda saya. Interestingly, saya pernah bertanya soalan yang sama pada diri saya quite some time ago.

    Teori tu sesungguhnya menarik. Kalau melihatkan komponen di dalam susu ibu, di samping bahan – bahan nutrisi seperti laktosa, protein, kalsium dan sebagainya, terdapat juga bahan – bahan / agen – agen perlindungan seperti immunoglobulin, lysozyme, dan sel darah putih (white blood cell/WBC). Banyak lagi agen lain sebenarnya. Tapi yang menarik tu, adalah sel darah putih/WBC. WBC mengandungi DNA. Adakah breastmilk yang diminum oleh bayi itu akan memberi DNA ibunya (dari WBC tadi) kepada bayi tadi? Jika benar, adakah itu sebabnya anak susuan seorang ibu susu dianggap bersaudara (mahram) dengan anak – anak kandung ibu susuan itu? Kerana itukah juga digalakkan untuk mencari ibu susuan yang baik sikapnya, petah bercakap dan bukannya seorang yang gila atau penzina?

    Namun, ada satu faktor penghalang yang quite major. Breast milk itu akan memasuki perut bayi (gaster). Dalam perut bayi ada asid hidroklorik (HCl) yang tersangat poten dan tersangat rendah pHnya. Berkemungkinan besar WBC tadi akan mengalami proses ‘denaturasi’ (denaturation) di mana struktur WBC akan terpecah dan DNA yang dikandungnya akan turut terpecah. Maka tiadalah DNA yang akan diserap dari usus bayi ke dalam darahnya. Dalam erti kata lain, DNA ibu tidak akan berpindah ke dalam bayi. Wallahua’lam.

    Saya masih mencari – cari artikel yang boleh merungkai persoalan ini. So far still no luck. Jadi, kenyataan di atas hanyalah pandangan peribadi saya tanpa back up dari mana – mana artikel/jurnal.

    Walaubagaimanapun, saya percaya sifat dan kelakuan ibu masih mempengaruhi sifat dan kelakuan bayi. Pertamanya, sewaktu pregnancy. Kelakuan / keadaan ibu akan meninggikan/merendahkan beberapa jenis hormon. Contohnya kalau ibu stress, stress hormon seperti kortisol akan meningkat dengan banyaknya di dalam darah ibu. Hormon2 ini boleh masuk ke dalam janin melalui salur darah di tali pusat. Begitu juga dengan breastmilk. Di dalam susu ibu juga terdapat hormon2 ibu. Paras hormon2 ini bergantung kepada keadaan ibu pada waktu itu. Bayi juga turut terpengaruh dengan hormon tersebut yang meresap melalui susu ibu. Cuma persoalannya, adakah ia hanyalah kesan jangka masa pendek, ataupun boleh memberi kesan jangka masa panjang? Kerana biasanya pengaruh hormon cumalah ada selagi hormon itu ada, once ia mengalami metabolisme dan diuraikan, maka hilanglah kesannya.

    Cumanya, bagi ibu yang breastfeed, dia mengeluarkan sejenis hormon yang dinamakan oksitosin dengan kadar yang sangat tinggi. Hormon ini penting untuk proses pengeluaran susu (milk ejection). Hormon oksitosin ni jugak dikatakan ‘hormone of love’, kerana ia membawa sifat keibuan dan bonding antara bayi dan ibunya.
    “Ibu tikus yang tidak diberi suntikan oksitosin akan membunuh lebih banyak anak tikus berbanding dengan ibu tikus yang diberi suntikan oksitosin.” Yang ni berdasarkan kajian – ada dalam blog saya.
    Ibu yang memberi susu formula kepada anaknya tidak menghasilkan oksitosin setinggi breastfeeding mothers, kerana tiada/kurang proses pengeluaran susu padanya.

    Maka bagi saya, kelakuan anak itu dipengaruhi oleh ibunya berdasarkan proses penjagaan/pendidikan itu sendiri, dan mungkin bukan disebabkan oleh susu ibu per se yang diminumnya. Sebaliknya proses penyusuan/breastfeeding itu pula mempunyai pengaruh yang kuat dalam pembentukan peribadi bayi itu. Wallahua’lam sekali lagi.

    **********

    Teringat pula kisah Pak Din yang mencari susur galur keluarga. I have to share something here. My father has a great interest in this. Baru – baru ni (which is, about 2 years ago) dia berjaya menemui salasilah keluarga kami dated since 16th century kalau tak salah saya. Saya ni dah generasi yang kelapan. Moyang yang first (dalam family chart tu), berasal dari Hadramaut, Yaman. Dikatakan salah seorang daripada 40 saudagar/mubaligh Islam yang berlayar ke Indonesia utk berdagang & menyampaikan syiar Islam. Keturunan kami lebih ramai di sana (Indonesia), malah bapa saya sendiri dilahirkan di sana, kemudian baru berhijrah ke Malaysia when he was about 10 years old. Sebelum ni saya kurang peduli about all these, but now I am more aware of this. Teringin juga nak buat DNA profiling yang macam dalam the National Geographic “The Genome Project” kalau tak salah, whereby we can trace our root tu. Masih contemplating. Boleh beli testing kit tu, kalau tak silap dlm USD400.00 last time I checked. Sekian, sekadar berkongsi cerita.

    Wasalam.

  16. shiha Berkata:

    Salam..

    Hehe ada lagi yang tertinggal. Good summarizing article here regarding the benefits of breastmilk:
    http://www.sciencenews.org/articles/20061209/bob8.asp

    Senang dibaca untuk tatapan umum, with references given.

  17. shar Berkata:

    Salam Shiha…
    Maaf haritu ter-’hi’ tapi dalam hati sama sahaja ’selamat sejahtera ke atas kamu’ walaupun zahirnya ‘hi’. Thanks a lot fot the confirmation on DNA from susu ibu. But all my 5 kids already brest=feeded and my wife is anemic with my family side diabetic carrier. Saya nampak kesan-kesan zuriat dari ibu dan bapa pada anak-anak, tidak secergas anak yang lain … tetapi itulah kehidupan. Selama ni ada juga bertanya tentang zuriat dari susuibu tetapi semuanya kata ok. You have given me the best and transparent explaination.

    Satu dari program khas yang saya laksana kepada anak-anak ialah memahami konsep BAS-AIP (Buatlah apa sahaja, asalkan ikut peraturan) yang mengandungi 7 teras utama, dimana salah satunya ialah telus, ikhlas, jujur dalam tindakan. Saya mendapati masyarakat kita (Melayu dan Islam) terlalu banyak berlapik, berlapis dan beralas yang akhinya hanya menebalkan sikap ketidaktelusan dalam tindakan. Kita dapat lihat perbezaan pendekatan ibubapa-anak antara budaya kita dan Barat, di mana memberi penjelasan adalah diutamakan di dalam masyarakat Barat.

    You second topic also is my interest. On searching our anchestor, right to Adam. Scientific Adam is about 50,000 year old and 2,000 generation away, making each generation 25 years gap. I have been following the Genome Project right from the very beggining. I have managed to collect 3000 related person in 7 generation from my wife and my side. My side is purely Indonesian up to 1st generation known but my wife side had Arabic-Indian-Jawanese combination. My wife nyang is a trader from Arab? coming to Kedah and met a local Jawanese. For the DNA Rm 1000 test, I have to wait for them (the IBM project) if we are lucky enough to be a test subject .. hehe.

    Look like we share same frequency in thinking about the origin of life. I will try .. (again try) to go deeper into our origin, which in accordance to Evolution is part of the universe. I totally agreed with existing available scientific explaination on the origin of life and universe. I also conclude that Al Quran and Kitabs initiated the thinking about Evolution and Universe.

    Thanks for your response and dont forget to pangkah what I pangkah! Combination of existing BN-BA rules OK!. hehe. Bye.

  18. shar Berkata:

    Thank for the link.

    Whether or not breast milk turns out to be the source of a potent cancer therapy, its remarkable properties have led to a new view of its role. “My thinking on milk has changed totally,” says Newburg. “I used to think of it as the best source of nutrients. Now, it’s looking like milk is really designed to be protective.”

    http://www.sciencenews.org/articles/20061209/bob8.asp

  19. shiha Berkata:

    Salam

    I wonder what is the cause of the anemia in your wife? Is it due to Thalassemia? (I hope not) or is it due to pemakanan? The reason I am asking is that, kalau due to thalassemia, and, if your goodself also have a thalassemia trait, then your kids might get affected as well, hence, “tidak secergas anak yang lain”. All these can be easily checked in any govt hospitals. Kalau yang diabetes tu pulak, memang ada possibility untuk dapat kepada anak2, but usually when they are much older, say, 30-40 yrs and above. Rajin – rajinlah buat annual screening by checking the blood for sugar level. Anyway, both of these diseases, if present in your kids, is definitely not due to the breastmilk, instead, all these dah imprint since the sperm met with the ovum. The blueprint is already present right from the beginning, tak kirala bagi susu ibu or not.

    Last but not least, pangkah jangan tak pangkah :)

    Wasalam

  20. shiha Berkata:

    Salam..

    As for the link, it never fails to make me cry whenever they are discussing about the breastmilk wonder. Kagumnya dengan ciptaan Allah.. And how elegant it is made to counter bacteria and viruses and at the same time protecting the gut lining, MasyaAllah.

    p/s: no worries about the ter-”hi” thingy. Things happen.

  21. shar Berkata:

    Inilah masaalah cinta (buta ke rabun ke? tak pasti!) … bila nak kawin dulu mana sempat nak test! Dah ada anak, satu doktor confirmed Thalassemia minor? Yang lain adalah juga terkait emak bapak atuk nenek! Sebab itu dalam BAS-AIP (atas) salah satu penekanan ialah mencari kekuatan di dalam kelemahan. Kita hidup untuk menghadapi masaalah dan mencari jalan menyelesaikannya. Ini semualah yang menjadi daya penarik untuk mengetahui kehidupan secara menyuluruh. Hinggalah kepada teori Evolution dan Big Bang. Dan paling berharga akhirnya membawa kepada mengenal diri dan Tuhan.

    Anyway with the new addition, how many do you have now? Back in KL or still ini UK. My niece (UM) baru ke Sydney .. PhD in what … lupa tanya!

  22. shiha Berkata:

    Salam..

    Hehe tergelak saya baca pasal cinta rabun tu. Maksud saya check tu, bukan la pada Pak Din & wife (though, this is the best thing to do before marriage, but thinking back, kalau ye pun check, will it change anything? Takkan cancel kawin kot?) tapi check thalassemia traits pada anak – anak.

    Alhamdulillah 3 kids now. Sulong – boy, second – girl, and this one another boy. Orang kata sulam bunga. Am back in KL, tengah berpantang dgn gumbiranya. As you said, bukannya tak ada masalah, malah ujian datang bertalu – talu, tapi we live to face the test. Semoga saya sentiasa redha denganNya dan masih mampu tersenyum gumbira hehe. Semua ujian yang melanda, selagi it does not kill me, it will only make me stronger, insyaAllah.

    Tumpang tanya, your niece works in UM? What a coincident. In which faculty may I know?

    Wasalam.

  23. shar Berkata:

    You caught me there. Niece sendiri (belah wife) tak tahu bahagian mana, jurusan apa? … Jumlah anak buah lebih 40 bukan excuse, actually. I will find out. My farther-in-law’s(passed away before we got married) brother married to Australian wife, and my niece joins them there in Sydney. She proposed earlier to be in UK. I suggested her why not Moscow? … cos I used to study Russian.

    A bit technical, non-wiki version, of what is multiple personality? .. serupa ke dengan yang boleh sokong PAS dan UMNO? atau masuk kandang kambing mengembek …. haha.

  24. shiha Berkata:

    Salam Pak Din..

    Hehe sorry to disappoint you, but am no expert in psychology / psychiatry. Tapi bab yang masuk kandang kambing mengembek tu.. macam faham aje yg tersiratnye.

    Personally, saya pening kepala dengan senario politik kat Malaysia ni. I am fully understood my duty and my responsibility as a Malaysian citizen. But what choice do I have?

    Pemerintah dok bising kenapa peratus orang yang turun mengundi tak tinggi. Sebab ni lah. Sedangkan kat US pun sama. Bila Barrack Obama masuk bertanding, baru peratus orang mengundi meningkat. It shows that the African American finally has their faith in the candidate. Wallahua’lam.

  25. shar Berkata:

    Salam Shiha

    Jangan sampai kita tak ada pilihan! hehe. ‘Tiada sesuatu berlaku di Alam ini, melainkan dengan pilihan Mahluk dan keizinan Haliq’. Dengan tidak membuat pilihan, kita memberikan orang lain untuk membuat pilihan untuk kita. Saya berdiri teguh pada pendirian saya, walaupaun ia mungkin salah di hati orang lain. Yang penting kita telah memaksimakan fikiran kritikal kita tanpa mengenepikan asas percaya.

    Seperti kata Ustaz, undi prinsip bukan yang melaksanakan prinsip. Undi Islam bukan Muslim. Undi keadilan Allah bukan keadilan mahluk (manusia). Undi saya bukan dia, kalau saya jadi YB-lah. Terperasan sikit.

    Mesti tak real kalau kambing menguak kan?

    Undilah Barisan.

  26. Boxing » Permata999 Bulan Agama Berkata:

    [...] To find more information from the source here [...]

  27. shar Berkata:

    Salam Boxing

    Terima kasih kerna bersusah payah memberikan input (hints) yang berharga. Saya memang sangat perlukannya. teruskan usha murni anda.

    Jenguk-jenguklah selalu.

Tinggalkan jawapan